Menggunakan Masa Anda untuk AllahSampel
Menetapkan Jadual Anda
Gunakan masa lapang anda untuk usaha yang memperkayakan hidup. Membaca adalah penggunaan masa yang bernilai. Augustine pernah menasihati orang percaya supaya mempelajari sebanyak yang mungkin, kerana semua kebenaran adalah kebenaran Allah. Kegemaran lain yang memperkayakan adalah bidang sastera. Saya suka membuat silang kata untuk mengerjakan sel otak dan mengembangkan pandangan pengungkapan verbal saya.
Carilah cara untuk memperdayakan "manusia pasir." Tabiat saya adalah tidur antara pukul 8 dan 9 malam bila mungkin dan bangun pada pukul 4 pagi. Ini telah memberikan revolusi yang menakjubkan terhadap jadual saya. Waktu awal pagi adalah bebas daripada godaan dan gangguan, suatu masa yang amat baik untuk membuat kajian, menulis, dan berdoa.
Gunakan masa memandu untuk belajar. Memandu kereta adalah suatu fungsi mekanikal yang membenarkan fikiran menjadi peka kepada lebih daripada perkara yang sedang berlaku atas jalan. Faedah rakaman harus dinikmati pada waktu ini.
Akhirnya, dalam kebanyakan keadaan, jadual itu adalah lebih membebaskan daripada membataskan. Bekerja dengan jadual banyak membantu dalam pengaturan penggunaan masa kita. Jadual seharusnya menjadi sahabat, bukan musuh. Ia membantu kita menemukan ritma untuk kehidupan produktif yang memuliakan Allah.
Coram deo: Hidup di hadapan Allah
Jika anda tidak mempunyai jadual, buatlah satu dan gunakannya sepanjang minggu ini, selepas itu, buat penilaian tentang cara ia telah membantu anda untuk menebus masa. Sekiranya anda sudah mempunyai jadual, luangkan masa untuk meninjaunya dan berdoa tentang keutamaan anda.
Hak cipta © Ligonier Ministries. Dapatkan sebuah buku percuma daripada R.C. Sproul di Ligonier.org/freeresource.
Perihal Pelan
Renungan 4 hari daripada R.C. Sproul tentang menggunakan masa anda untuk Allah. Setiap renungan memanggil anda untuk hidup dalam hadirat Allah, di bawah kekuasaan Allah, kepada kemuliaan Allah.
More