Menggunakan Masa Anda untuk AllahSampel

Using Your Time for God

HARI 1 DARIPADA 4

Menggunakan Masa Anda Secara Produktif

Semasa di sekolah rendah, orang kerap menanya saya, "Apakah mata pelajaran kegemaran kamu?" Selalunya, respons saya adalah antara dua perkara. Sama ada, "waktu rehat" atau "gim." Jawapan saya mendedahkan kecenderungan terdalam saya. Saya lebih suka bermain daripada bekerja. Sesungguhnya, bicara falsafah permulaan saya tentang persoalan kosmos "Mengapa?" berlaku semasa saya berjalan berjengket-jengket ke sekolah, pura-pura bahawa saya ialah pejalan wayar tinggi sarkas.

Saya menanya diri tentang makna kehidupan di mana saya menghabiskan lima hari seminggu melakukan perkara yang saya tidak mahu semata-mata untuk bermain pada hujung minggu. Saya sentiasa berada di halaman sekolah sejam sebelum kelas bermula—bukan kerana semangat untuk belajar, tetapi supaya saya dapat "menebus" kerja harian dengan berseronok selama sejam di padang sebelum loceng sekolah berdering. Bagi saya, penebusan masa bermaksud menyelamatkan waktu bermain yang berharga daripada masa panjang yang diperlukan untuk bekerja.

Saya sedar bahawa semasa rasul Paulus menggesa pembacanya untuk "gunakanlah peluang itu, kerana masa ini masa yang jahat" (Ef 5:16), amalan saya bukanlah apa yang difikirkannya. Perkara yang dimaksudkannya adalah panggilan serius untuk menggunakan masa secara produktif untuk pekerjaan kerajaan Kristus.

Coram deo: Hidup di hadapan Allah

Adakah anda menggunakan masa anda secara produktif untuk kerajaan Allah?

Hak cipta © Ligonier Ministries. Dapatkan sebuah buku percuma daripada R.C. Sproul di Ligonier.org/freeresource.

Hari 2

Perihal Pelan

Using Your Time for God

Renungan 4 hari daripada R.C. Sproul tentang menggunakan masa anda untuk Allah. Setiap renungan memanggil anda untuk hidup dalam hadirat Allah, di bawah kekuasaan Allah, kepada kemuliaan Allah.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ligonier Ministries kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari Ligonier.org/freeresource