Menemukan KedamaianSampel
Hidup Tanpa Berasa Sesal
Saya ingat meletakkan gagang telefon dengan perlahan, mengeluh panjang sambil berkata, "Hm … ia sudah berlaku."
Pemanggil itu ialah seorang peguam, yang memaklumkan saya bahawa isteri saya telah mendaftarkan tuntutan cerai.
Saya hidup dengan ugutan cerai selama beberapa tahun. Namun, saya berasa terkejut apabila saya menerima berita itu.
Sepanjang beberapa hari seterusnya, pelbagai emosi dan fikiran berbeza terlintas di hati dan fikiran saya. Saya tidak mahu bercerai. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengelakkannya. Saya tidak tahu siapa yang saya harus beritahu, atau bagaimana saya harus memberitahu mereka. Saya sedar lambat-laun saya perlu memberitahu seluruh gereja yang digembalakan saya, dan saya tidak tahu reaksi apa yang akan diberikan oleh lembaga dan jemaat gereja. Satu-satunya kepastian adalah tekanan menyediakan dan menyampaikan khutbah hari minggu berikutnya.
Walaupun semasa fikiran saya bergerak sejuta batu sesaat, saya mengetahui kebenaran berikut dengan penuh kepastian jauh di lubuk hati saya:
· Allah tidak terkejut dengan tindakan yang diambil terhadap saya.
· Allah mengawal kehidupan saya—Dia membenarkan ini untuk berlaku demi tujuan-Nya sebagai sebahagian daripada rancangan-Nya untuk saya.
· Dia berjanji dalam Firman-Nya bahawa Dia tidak akan meninggalkan saya atau mengabaikan saya. Dia berjanji akan menyertai setiap langkah perjalanan saya; oleh itu, akhirnya segala sesuatu akan menghasilkan manfaat yang abadi bagi saya jika saya terus mempercayai-Nya sepenuhnya.
Fakta langsung situasi ini menimbulkan kacau-bilau. Kebenaran yang tidak berubah tentang Allah mewujudkan kedamaian.
Kira-kira lapan tahun selepas panggilan peguam itu, penceraian yang diminta oleh isteri saya diluluskan secara sah.
Ada orang yang berkata kepada saya sejak itu: "Kamu pasti berasa sesal atas kehilangan perkahwinan kamu … atas kegagalan kamu untuk mempertahankan perkahwinan kamu … kerana semua usaha kamu untuk berdamai tidak berjaya."
Kebanyakan masanya respons luaran saya adalah berdiam. Respons dalaman saya yang sebenar terhadap komen seperti itu ialah, Sedih, ya. Berasa sesal, tidak.
Walaupun saya berasa sedih kerana perkahwinan saya berakhir dengan penceraian, saya tidak hidup dengan rasa sesal yang kekal. Mengapa? Kerana kesesalan berakar berumbi pada rasa bersalah yang tidak diselesaikan. Saya sedar saya berdamai dengan Allah, maka rasa sesal dan rasa bersalah bukanlah sebahagian daripada kehidupan saya.
Saya mendapati cara terbaik untuk hidup tanpa berasa sesal adalah tidak berasa bersalah. Pilih untuk hidup dalam cara di mana anda berusaha seboleh-bolehnya dalam setiap tugas dan hubungan, mencuba sedaya upaya untuk hidup secara saleh. Pilih untuk mempercayai Allah dalam setiap lingkungan kehidupan anda—bukan dalam lingkungan yang mudah sahaja. Pilih dan ikut jalan yang ditunjukkan oleh Allah kepada anda.
Sementara tiada seseorang yang boleh melakukan semua ini dengan keupayaan sendiri, dengan Roh Kudus yang diam dalam kita, kita boleh berpaling daripada setiap bentuk pencubaan dan memburu kedamaian dengan diri sendiri dan orang lain—dan meneruskan pekerjaan baik yang dibenarkan oleh Allah untuk dilaksanakan oleh kita sehingga selesai.
Perihal Pelan
Adakah anda inginkan kedamaian lagi dalam kehidupan anda? Adakah anda harap ketenangan adalah lebih daripada keinginan sahaja? Anda boleh memperoleh kedamaian sebenar tetapi hanya daripada satu sumber sahaja—Allah. Sertai Dr. Charles Stanley yang menunjukkan kepada anda jalan ke arah ketenangan fikiran yang mengubah kehidupan, memberikan anda alat untuk menyelesaikan kekesalan lalu, menghadapi kerisauan sekarang ini, dan mengurangkan kekhuatiran tentang masa depan.
More