Menemukan KedamaianSampel
Hidup Bersama Orang Lain Dengan Aman
Ia merupakan cabaran yang kita hadapi secara kerap: Bagaimanakah kita boleh hidup bersama orang lain dengan aman dan berdamai apabila konflik tercetus?
Kenyataannya adalah, Allah ingin kita untuk hidup bersama orang lain dengan aman. Dia juga tahu bahawa kita tidak selalu berasa tenang dengan orang lain. Konflik berlaku. Ada kalanya, konflik tidak diselesaikan dengan mudah. Sebenarnya, terdapat keadaan di mana konflik tidak dapat diselesaikan. Akan tetapi, Allah ingin kita semua untuk berusaha sedaya upaya untuk berasa tenang dengan semua orang.
Kita yang merupakan pengikut Kristus tahu betul bahawa apabila Allah tidak mengawal kehidupan kita dengan sepenuhnya, kita boleh bertindak sekeji orang yang tidak percaya. Keselamatan kita tidak menghalang kita daripada bersikap jahat, cemburu, terkutuk, atau marah secara automatik. Apabila kita meminta Roh Kudus untuk bekerja dalam kita dan melalui kita, apabila kita menyerah sifat kita kepada sifat-Nya, apabila kita cuba menjadi wakil-Nya di dunia ini dalam setiap hubungan, barulah kita akan mengatasi kebanggaan ke arah sikap yang menimbulkan kedamaian.
Jadi, bagaimanakah kita menangani konflik apabila ia timbul dan menghasilkan keamanan?
Pertama, tentukan nilai hubungan itu. Jika anda ingin hidup secara aman dengan orang lain, anda perlu menentukan, "Adakah hubungan ini cukup penting untuk membuat saya memeliharanya? Adakah saya sanggup berkompromi tentang sesetengah perkara yang menjayakan hubungan ini?" Saya betul-betul percaya bahawa orang yang telah diselamatkan oleh kasih karunia dan didiami Roh Kudus boleh menemukan kedamaian sebenar dalam hubungan mereka apabila kedua-dua pihak menghargai pemeliharaan hubungan itu.
Kedua, mula bercakap … dan terus bercakap. Apabila dua orang bercakap—dan rela untuk terus bercakap dan mendengar antara satu dengan yang lain—mereka lebih cenderung mencari penyelesaian yang cepat bagi konflik mereka dan hidup bersama orang lain secara aman.
Ketiga, bersifat jujur. Anda tidak boleh memiliki agenda tersembunyi atau rancangan manipulatif di sebalik fikiran anda dan mengharapkan hubungan yang aman. Bersikap terus terang dan jujur dengan orang lain apabila konflik timbul membantu anda untuk mencapai penyelesaian yang tenang dalam hubungan anda.
Akhirnya, kenal pasti masalah pokoknya. Apabila anda berkomunikasi secara terbuka dengan orang lain, melihat secara jujur pada pokok konflik, anda berupaya untuk menyelesaikan sebarang kesukaran dengan lebih baik dan mewujudkan keamanan.
Apabila anda berusaha untuk hidup bersama orang lain secara aman, berdiri atas kebenaran Firman Allah, ketahuilah bahawa Allah menyertai anda. Dia akan mengubah apa-apa konflik atau penganiayaan yang anda hadapi kepada manfaat kekal anda. Dia akan membawa pertumbuhan rohani, iman yang lebih kuat, dan kuasa bertahan yang lebih kuat dalam anda.
Kitab
Perihal Pelan
Adakah anda inginkan kedamaian lagi dalam kehidupan anda? Adakah anda harap ketenangan adalah lebih daripada keinginan sahaja? Anda boleh memperoleh kedamaian sebenar tetapi hanya daripada satu sumber sahaja—Allah. Sertai Dr. Charles Stanley yang menunjukkan kepada anda jalan ke arah ketenangan fikiran yang mengubah kehidupan, memberikan anda alat untuk menyelesaikan kekesalan lalu, menghadapi kerisauan sekarang ini, dan mengurangkan kekhuatiran tentang masa depan.
More