Maria Ialah Seorang IbuSampel

Mary Was a Mom

HARI 3 DARIPADA 7

Dapatkah anda membayangkan pengalaman Maria setelah ia mendapati dirinya hamil? Adakah desas-desus yang melukakan hati tentangnya? Adakah anggapan berdasarkan andaian tentang keadaannya, meskipun daripada keluarganya sendiri? Adakah kawannya memutuskan hubungan dengannya? Adakah ia hidup dibebani pertimbangan pedas daripada orang lain bahawa perempuan baik yang tidak berkahwin tidak menjadi hamil?

Yusuf—Yusuf yang menakjubkan—mengetahui bahawa Maria hamil, tetapi ia yakin bahawa itu bukan anaknya. Mujurlah malaikat juga menampakkan diri kepada Yusuf! (Matius 1)

Dapatkah anda membayangkan bahawa anda mengalami beban emosi daripada peristiwa yang luar biasa ini? 

Walau bagaimanapun, Maria menuliskan lagu meskipun mengalami pergolakan fikiran dan jiwanya! 

Saya berasa agak yakin bahawa ini tidak mungkin respons saya terhadap situasi yang luar biasa ini. Namun, perempuan ini menyerahkan semua persoalannya kepada Allahnya yang berkuasa dan memuliakan Dia di tengah-tengah keadaannya yang sukar hendak dibayangkan itu. 

Ia ialah lagu yang indah! Bacalah lagu ini dalam Lukas 1:46-55. Tumpuannya bukan pada dirinya dan situasinya tetapi pada Dia—Siapa Dia itu, dan apa yang telah dilakukan-Nya untuk dirinya. Imannya—ketaatannya—melenyapkan ketakutannya. Ia mengatasi ketakutannya dengan kesyukuran, bukannya dikuasai kegelisahan. Sesungguhnya suatu pertukaran yang besar! Saya rasa ia perlu menyanyikan perisytiharan ini berulang kali sebagai peringatan:

“Rohku bergembira kerana Allah... 

Dia mengingati hamba-Nya…

Dia telah menunjukkan kekuatan tangan-Nya…” (Alkitab Versi Borneo)

Apakah lagu anda sekarang ini? Tuliskan lagu anda sebagai suatu perisytiharan anda untuk melawan keadaan hidup anda yang sukar hendak dibayangkan. 

Oh, Bapa! Moga-moga tumpuan saya terarah kepada-Mu bukannya pada segala hal yang mengancam untuk menenggelamkan saya dan menguasai saya. Saya berharap perisytiharan saya merangkumi kebaikan dan kesetiaan-Mu, menyedari bahawa kata-kata saya berasal daripada postur hati saya. Semoga iman dan kepercayaan saya dalam Siapa Engkau itu melenyapkan semua ketakutan saya!

Mempertimbangkan untuk menggunakan terjemahan The Passion Translation (TPT) untuk bacaan hari ini

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Mary Was a Mom

Alam keibuan ialah panggilan yang tidak glamor tetapi menakjubkan terhadap banyak perempuan. Apakah yang dapat kita kaitkan dengan diri kita dan belajar daripada perempuan yang telah dipilih untuk melahirkan Mesias? Sertai Robin Meadows dalam pelan 7 hari ini tentang Maria, ibu Yesus. 

More

Kami berterima kasih kepada Robin Meadows kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://tinyurl.com/ybn82y4a