Maria Ialah Seorang IbuSampel
Kejutan! Kamu hamil!
Adakah anda masih ingat kali pertama anda mendengar kata-kata itu atau melihat tanda positif pada kayu ujian kehamilan? Saya masih ingat. Semasa saya menjadi hamil buat pertama kalinya, saya dan suami saya berasa terkejut. Kami tidak cuba untuk mengandungkan anak, tetapi kami telah mencipta satu bayi! Sesungguhnya suatu pergolakan emosi yang amat sangat.
Maria pastinya tidak mencuba untuk mengandungkan anak. Setiap perempuan Yahudi yang muda yang mendengar Torah dan Tulisan Nabi-nabi menantikan Mesias, dan Maria ialah perempuan yang terpilih! (Yesaya 7:14)
Apabila malaikat, Gabriel, muncul untuk menyampaikan berita yang menakjubkan itu, malaikat itu memberitahu Maria betapa diberkatinya ia itu dan bahawa Allah menyertainya. Kemudian Lukas memberitahu kita, “Maria gelisah mendengar kata-kata malaikat itu." Sekarang ini, pertimbangkan bahawa catatan ini telah ditulis oleh seorang lelaki yang memberitahu seorang yang lain tentang peristiwa ini (Lukas 1:3). Gelisah??! Malaikat baru menampakkan diri kepadanya, dan ia cuma "runsing"?
Anda dan saya mengetahui bahawa pergolakan emosi yang terlibat itu mungkinlah lebih kuat daripada yang diceritakan oleh Lukas kepada kawannya!
Gabriel meneruskan beritanya, “Janganlah takut…” Tetapi, kejutan! Kamu akan melahirkan seorang anak dan hendaklah kamu menamakannya Yesus. Apa? Malaikat baru menyampaikan maklumat yang tidak masuk akal dan Maria tidak harus berasa takut? Mungkin ia tidak harus berasa takut, tetapi menurut soalannya, saya percaya ia memang takut. Dalam ayat 34, Maria berkata, “Aku masih dara. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?" Ingatlah, ia duduk di rumah ibadat pada setiap hari Sabat, mendengar nubuatan. Ia mengetahui bahawa Mesias yang dijanjikan itu akan dilahirkan oleh seorang anak dara, (Yesaya 7:14) tetapi pada waktu yang menakutkan itu, ia lupa akan kata-kata Allah.
Sebagaimana kita lupa akan kata-kata Allah.
Semasa Gabriel terus bercakap dan memberitahu Maria bahawa sepupunya yang mandul, Elisabet, juga hamil, malaikat itu mengkhabarkan salah satu ayat kegemaran saya: Bagi Allah tiada perkara yang mustahil (Lukas 1:37 BM).
Meskipun takut dan mempunyai banyak soalan yang bermain-main di fikirannya, Maria ingat bahawa ia milik Allah.
Bagi Allah tiada perkara yang mustahil
Pada waktu itu, Maria mengingati sifat-Nya dan kesetiaan-Nya, dan hati serta fikirannya tertumpu pada Dia. Ia tidak gelisah tentang masa depan. Ia tidak meminta rancangan.
Dengan beriman, ia menjawab dengan berani, “Aku hamba Tuhan; biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan.”
Oh, Bapa, semoga hati saya rela melayani-Mu, dan moga-moga iman dan harapan saya dalam Engkau seberani Maria. Moga-moga hati saya dekat dengan-Mu sehinggakan saya tidak lupa akan kasih-Mu dan kesetiaan-Mu terhadap saya.
Adakah hati anda terbuka dan rela, bersedia untuk berserah kepada panggilan-Nya? Adakah anda memberikan respons terhadap keadaan yang sukar dalam hidup anda dengan mengingati Siapa Dia itu dan Siapa yang memiliki anda?
Perihal Pelan
Alam keibuan ialah panggilan yang tidak glamor tetapi menakjubkan terhadap banyak perempuan. Apakah yang dapat kita kaitkan dengan diri kita dan belajar daripada perempuan yang telah dipilih untuk melahirkan Mesias? Sertai Robin Meadows dalam pelan 7 hari ini tentang Maria, ibu Yesus.
More