Seminit Selepas Anda Meninggal DuniaSampel
Secebis Syurga
“Kerana di mana hartamu terkumpul, di situlah hatimu tertumpu.” -Yesus
Neraka merupakan kedahagaan yang tidak mungkin dihilangkan, tetapi Syurga ialah minuman berterusan yang terindah dan makin sedap dengan setiap tegukan. Syurga amat mengagumkan, melebihi apa yang dapat dirasa, dilihat, dihidu, didengar, disentuh, atau difikirkan oleh manusia.
Fikirkan saat yang anda katakan seperti "secebis Syurga." Mungkin saat anda melihat orang yang disayangi yang lama tidak ditemui, pengalaman rohani, atau berdiri di hadapan pemandangan yang memukau. Apa yang anda alami bukan sekadar secebis Syurga—apa yang anda alami ialah hakikat bahawa Syurga mempunyai sebahagian daripada anda. Tuhan meletakkan kekekalan dalam hati anda, dan hati anda berdegup untuk Syurga sejak itu.
Namun, dalam dunia kita yang menuntut perhatian segera ini, hampir menjadi norma untuk menganggap secebis Syurga sebagai Syurga itu sendiri. Kita menghabiskan hayat kita untuk melakukan apa sahaja untuk mendapatkan secebis, dan kemudian secebis lagi, tetapi masih tidak puas. Ini bukan perkara yang baru. Ini adalah kesilapan asal manusia yang menganggap bahawa kita—yang dicipta—boleh mencari sesuatu yang sedikit lebih baik daripada Tuhan, Sang Pencipta. Ini ialah tanggapan yang sama dalam diri kita yang menjadikan keajaiban Syurga tidak dapat dimuatkan oleh sebab ada cebisan bumi kita.
Yesus berbicara secara langsung tentang kecenderungan ini ketika Dia mengingatkan kita agar tidak menyimpan harta di bumi, sebaliknya menyimpan harta yang mengisi Syurga. Yesus tidak mengaburkan garis antara Syurga dan bumi kerana Dia tahu perbezaan antara kedua-duanya secara langsung. Semasa Dia berada di bumi, Dia meminta kita untuk berdoa kepada Bapa kita yang (ditunjukkan-Nya) "di Syurga". Ingat lagi apa yang Dia minta kita doakan? Agar kehendak Tuhan "terlaksanalah di bumi sebagaimana di syurga". Dia mengakui hakikat bahawa kedua-duanya adalah berasingan, dan pada masa yang sama mengesahkan bagi kita bahawa memilih Syurga bermula di sini, di bumi. Kerana di mana hartamu terkumpul, di situlah hatimu tertumpu.
Doa: Tuhan, saya ingin kehendak-Mu terlaksana dalam hidup saya di bumi seperti di Syurga. Saya mengundang kasih kurnia-Mu, kehadiran-Mu, dan Roh Kudus-Mu untuk menggantikan keinginan saya yang mementingkan diri. Bantulah saya untuk menghargai di bumi apa yang Engkau hargai di Syurga.
Perihal Pelan
C.S. Lewis berkata, “Mengarahkan pandangan kepada Syurga dan kamu akan menerima bumi ‘dengan percuma.’ Mengarahkan pandangan kepada dunia ini dan kamu tidak akan mendapat kedua-duanya." Dengan kata lain, tindakan anda hari ini yang berdasarkan kepercayaan anda tentang apa yang berlaku selepas anda meninggal dunia, boleh mengubah segala-galanya, selama-lamanya. Mulakan Pelan Alkitab Life.Church ini hari ini untuk menerokai siri baru Pastor Craig Groeschel, Seminit Selepas Anda Meninggal Dunia.
More