Seminit Selepas Anda Meninggal DuniaSampel

One Minute After You Die

HARI 1 DARIPADA 6

Tujuan yang Baik

Mengarahkan pandangan kepada Syurga dan kamu akan menerima bumi ‘dengan percuma.' Mengarahkan pandangan kepada dunia ini dan kamu tidak akan mendapat kedua-duanya. - C. S. Lewis

Kepercayaan anda tentang apa yang berlaku satu minit selepas anda meninggal dunia boleh mengubah segala-galanya untuk selama-lamanya.

Bayangkan sejenak bahawa anda percaya apabila anda meninggal dunia, jiwa anda akan berubah menjadi air. Bagaimana ini akan mengubah cara anda menggunakan air? Adakah anda masih membiarkan air mengalir ketika menggosok gigi? Kepercayaan ini mungkin mengubah interaksi anda dengan air selama-lamanya. Anda mungkin akan berpindah ke tempat lain untuk menghabiskan lebih banyak masa berhampiran dengan laut, sungai, atau tasik sebagai persiapan. Berkemungkinan besar anda ingin mengubah cara orang lain memandang dan menggunakan air juga. Mungkin anda begitu asyik dalam air sehinggakan anda tidak akan menjejakkan kaki di darat untuk mengalami dan menikmati orang dan kehidupan di sekeliling anda.

Pertimbangkan petikan C.S. Lewis di atas. Jika setiap bahagian hidup anda—semua tindakan, perbelanjaan, masa, dan tenaga anda—diberikan tujuan tertentu, ke arah mana haluan semua bahagian itu? Adakah semua bahagian itu diarahkan ke arah yang berbeza? Jika semua momentum ini digabungkan, ke arah mana haluan hidup anda?

Adakah hidup anda begitu tertumpu pada perbuatan baik dan membantu orang lain sehinggakan hampir tiada masa dan tenaga untuk mengenal Allah? Adakah anda terlalu tertumpu pada gereja dan amalan kerohanian sehinggakan anda gagal mengasihi orang di sekeliling anda? Johnny Cash menyebutnya sebagai "terlalu memikirkan syurga sehinggakan tidak berguna di bumi." Ataupun, adakah kompas anda hanya tertumpu pada keselesaan duniawi seperti pendidikan yang baik, pakaian, makanan, pengangkutan, kejiranan yang baik dan selamat, dan kerjaya yang bermakna?

Perhatikan bahawa tiada satu pun perkara itu sendiri salah, maka menjadikannya sangat mudah untuk tersasar daripada tujuan kita.

Hari ini, kita akan membaca perbualan antara Yesus dan seorang pemimpin agama yang penting, Nikodemus, yang berusaha untuk memahami ke mana dan bagaimana untuk mengarahkan semula hidupnya.

Doa: Allah, bolehkah Engkau menunjukkan kepada saya mana-mana bahagian dalam hidup saya yang menuju ke arah yang salah?

Dengar mesej dan dapatkan sumber tentang ini..

Hari 2

Perihal Pelan

One Minute After You Die

C.S. Lewis berkata, “Mengarahkan pandangan kepada Syurga dan kamu akan menerima bumi ‘dengan percuma.’ Mengarahkan pandangan kepada dunia ini dan kamu tidak akan mendapat kedua-duanya." Dengan kata lain, tindakan anda hari ini yang berdasarkan kepercayaan anda tentang apa yang berlaku selepas anda meninggal dunia, boleh mengubah segala-galanya, selama-lamanya. Mulakan Pelan Alkitab Life.Church ini hari ini untuk menerokai siri baru Pastor Craig Groeschel, Seminit Selepas Anda Meninggal Dunia.

More

Kami berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/