Mencari Hati Tuhan Setiap Hari - KebijaksanaanSampel

Seeking Daily The Heart Of God - Wisdom

HARI 5 DARIPADA 5

Ketakutan yang Bijaksana

Terdapat ketakutan yang baik. Takut akan Tuhan adalah satu contohnya. Ia adalah yang terutama. Ia menanggung semua ketakutan yang baik yang lain. Lelaki atau wanita yang takut akan Tuhan terlebih dahulu adalah bijak. Takut akan Tuhan membara pada permulaan perjalanan iman anda. Ia adalah peringkat bulan madu perkahwinan anda dengan Kristus. Anda tidak mengetahui apa-apa dan melakukan apa yang diharapkan. Namun, jika takut akan Tuhan diabaikan, anda akan menyangkal-Nya (Mazmur 36:2). Seperti kepercayaan atau disiplin yang lain, takut akan Tuhan perlu dipupuk dengan iman dan ketaatan. Takut akan Tuhan membuat anda berterus-terang ​​dengan Dia dan dengan diri sendiri. Ia adalah permulaan kebertanggungjawapan. Kasih karunia Tuhan—tanpa takut akan Tuhan—adalah satu ilusi. Tiada kasih karunia tanpa rasa takut, sebagaimana tidak ada rasa takut tanpa kasih karunia. Orang yang tidak takut akan Tuhan adalah bodoh. Hasil tidak takut akan Tuhan adalah pilihan yang bodoh dan kehidupan yang tidak berdisiplin.

Tambahan pula, kejayaan adalah musuh takut akan Tuhan. Semakin banyak kejayaan yang dicapai, semakin anda cenderung untuk tidak rasa takut. Walau bagaimanapun, hal yang bertentangan haruslah benar. Semakin banyak kejayaan yang dinikmati, makinlah anda perlu takut akan Tuhan dan takut akan akibat dosa. Kejayaan, yang banyak, memberikan anda autonomi. Pada waktu inilah anda perlu bijak agar menambahkan tahap kebertanggungjawapan anda. Berterus-teranglah dengan diri sendiri. Anda tidak dapat mengendalikan autonomi tanpa kebertanggungjawapan. Daud tidak dapat melakukannya, dan dia adalah orang yang menyenangkan hati Tuhan (Kisah Rasul-rasul 13:22). Autonomi tanpa kebertanggungjawapan membawa kepada beberapa keputusan yang tidak bijak, dan jika dibiarkan, menyebabkan tingkah laku yang tidak bermoral. Tiada orang yang tidak dapat disentuh oleh undang-undang, dan tiada orang yang tidak dapat disentuh oleh kebertanggungjawapan.

Pemimpin yang membina kebertanggungjawapan dalam iman, kewangan, keluarga, pekerjaan, dan masa lapangnya adalah bijak. Orang yang rasa mereka tidak memerlukannya, adalah orang yang paling memerlukannya. Barangkali anda bermula dengan mengupah seorang pembantu peribadi yang sama jantina, yang bekerja bersama dengan anda di tempat kerja dan perjalanan perniagaan. Inilah peluang anda untuk menjadi mentor seorang bakal pemimpin yang muda, dan ini adalah kesempatannya untuk menjadikan anda bertanggunjawab. Kita semua berkelakuan lebih baik apabila diperhatikan oleh orang lain. Takut akan Tuhan menghalang anda daripada berdosa (Keluaran 20:20). Galakkanlah kebertanggungjawapan daripada pasangan, lembaga, majikan, dan kumpulan kebertanggungjawapan anda. Bersifat jelas tentang kewangan profesional dan peribadi anda. Beritahu pasangan anda apabila anda menjadi rapat dari segi emosi dengan orang lain. Berhati-hati dengan masa bersendirian anda. Kemalasan menyebabkan tingkah laku yang tidak bijaksana. Sesungguhnya bijak untuk menyimpan masa bersendirian untuk Juruselamat anda, pasangan anda, dan kawan istimewa. Takut akan Tuhan adalah kawan anda. Takut akan akibat dosa adalah bijak. Takut akan tidak bertanggungjawab adalah bijak. Takut akan Tuhan membebaskan. Oleh itu, takutlah akan Tuhan, membenci dosa, dan mempercayai-Nya.

Untuk lebih banyak bahan Seeking Daily the Heart of God, , layari:

https://www.amazon.com/Seeking-Daily-Heart-Boyd-Bailey-ebook/dp/B0054RFUQS/ref=sr_1_2?ie=UTF8&qid=1538167375&sr=8-2&keywords=Seeking+Daily+the+Heart

Hari 4

Perihal Pelan

Seeking Daily The Heart Of God - Wisdom

Mencari Hati Tuhan Setiap Hari adalah pelan bacaan 5 hari yang bertujuan mendorong, mencabar, dan membantu kita sepanjang kehidupan sehari-hari. Seperti yang dikatakan Boyd Bailey, "Carilah Dia walaupun malas, atau apabila anda terlalu sibuk dan Dia akan membalas kesetiaan anda." Alkitab berkata, "Berbahagialah mereka yang menurut perintah-Nya, dan mentaati Dia dengan sepenuh hati." Mazmur 119: 2

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Boyd Bailey bersama dengan Wisdom Hunters kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.wisdomhunters.com/