Mencari Hati Tuhan Setiap Hari - KebijaksanaanSampel

Seeking Daily The Heart Of God - Wisdom

HARI 4 DARIPADA 5

Kekayaan Kebijaksanaan

Kebijaksanaan bagaikan wang. Nilainya bertambah dengan masa. Jika anda menambahkan kebijaksanaan secara tetap dalam kehidupan anda, anda menjadi kaya dengan jalan Tuhan. Inilah sebabnya mengapa adalah sangat penting bahawa anda memperoleh kebijaksanaan melebihi segala sesuatu dalam kehidupan anda. Kebijaksanaan adalah keupayaan membezakan antara hal yang betul daripada hal yang salah dan memahami apa yang benar dan kekal. Ia adalah sekutu anda yang akan membantu anda mengalahkan musuh. Iblis tidak bergigi dalam kehadiran kebijaksanaan Tuhan. Jangan cuba mengalahkan iblis dengan pemahaman anda yang terhad. Sebaliknya, hancurkan iblis dengan senjata kebijaksanaan. Kehidupan yang dibina atas dasar kebijaksanaan dapat menahan pengaruh perubahan dan pukulan ombak kesusahan (Amsal 28:26). Kebijaksanaan terus menghubungkan anda dengan perspektif Tuhan. Ia adalah pemelihara keselamatan untuk orang yang kelemasan, kompas untuk penjelajah yang sesat, dan cahaya dalam situasi yang gelap dan membingungkan.

Kebijaksanaan bagaikan emas, dan emas tidak selalunya mudah dicari. Terdapat pengorbanan untuk mendapatkan kebijaksanaan. Terdapat pengorbanan dalam proses penemuannya dan dalam pemerolehannya (Amsal 16:16).

Uban tidak menjamin kebijaksanaan, tetapi pengalaman terperiksa menempatkan anda untuk memperoleh kebijaksanaan. Memanglah mungkin untuk menjadi orang bodoh yang tua atau menjadi bijak meskipun muda. Muda atau tua, pintar, atau mempunyai IQ biasa, dalam mana-mana satu keadaan pun, anda boleh memperoleh kebijaksanaan.

Kebijaksanaan bermula dan berakhir dengan takut akan Tuhan. Takut akan Tuhan bermakna anda memasukkan ajaran-Nya dalam hati dan fikiran anda (Amsal 15:33). Kebijaksanaan menghalang hubungan yang pasif dengan Tuhan. Kebijaksanaan bermaksud anda merenungkan jalan dan kebenaran-Nya. Dengan doa dan hormat anda menanya-Nya mengapa, apa, dan bagaimana ia berkaitan dengan jalan-Nya. Sebagai pengikut Tuhan, kita memiliki fikiran Kristus. Melalui renungan akan Firman-Nya dan pemahaman tentang kebenaran-Nya, kebijaksanaan mula memerintah dalam kehidupan seharian kita. Atas rahmat Tuhan, kebijaksanaan akan membolehkan anda untuk mensintesis pelbagai pilihan menjadi tindakan yang terbaik.

Kebijaksanaan boleh mengambil situasi yang rumit dan menawarkan penyelesaian yang mudah. Kebijaksanaan mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk memenggal lapisan agenda dan motif, dan menunjukkan isu pokoknya. Kebijaksanaan adalah pembela akal dan kebenaran yang tegas. Ia adalah sangat praktikal.

Kebijaksanaan berasal daripada Tuhan dan tinggal bersama-Nya. Dia memiliki tanda dagangan dan paten. Sesiapa yang cuba mendapat penghargaan untuk keberkesanannya mungkin akan kehilangan hak menggunakannya. Kerendahan hati yang dikuatkan dengan kebijaksanaan membawa kepada keputusan yang bijak. Luangkan masa untuk mendengar dan belajar daripada orang yang bijak. Ini dapat menyelamatkan anda daripada seksaan jiwa akibat hubungan yang hancur atau kehilangan wang kerana keputusan kewangan yang tidak bijak. Jadilah bijaksana; mendengar Tuhan dan mentor bijak yang disediakan-Nya.

Anda memperoleh kebijaksanaan untuk memberikan kebijaksanaan, berkongsi kekayaan kebijaksanaan dengan orang yang menguruskannya dengan baik.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Seeking Daily The Heart Of God - Wisdom

Mencari Hati Tuhan Setiap Hari adalah pelan bacaan 5 hari yang bertujuan mendorong, mencabar, dan membantu kita sepanjang kehidupan sehari-hari. Seperti yang dikatakan Boyd Bailey, "Carilah Dia walaupun malas, atau apabila anda terlalu sibuk dan Dia akan membalas kesetiaan anda." Alkitab berkata, "Berbahagialah mereka yang menurut perintah-Nya, dan mentaati Dia dengan sepenuh hati." Mazmur 119: 2

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Boyd Bailey bersama dengan Wisdom Hunters kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.wisdomhunters.com/