Harapan dalam KegelapanSampel

Hope In The Dark

HARI 2 DARIPADA 12

Dengar

Dengarlah kehidupan anda. Setiap waktu adalah waktu yang penting. 

—Frederick Buechner

Berterus terang dengan diri sendiri. Bilakah kali terakhir anda duduk dan betul-betul berbual secara langsung dengan seseorang, mengambil giliran untuk bercakap dan betul-betul mendengar apa yang dinyatakan? Tanpa peranti. Tanpa TV. Tanpa muzik. Tanpa gangguan. 

Patutlah kita sukar mendengar Allah. 

Seperti yang dibaca dalam Habakuk 1, ia dengan berani mengajukan soalan yang amat sukar yang mengganggu hatinya kepada Allah. Memanglah sukar untuk mengasihi seseorang—meskipun Pencipta Alam Semesta—jika anda berdendam dan menyembunyikan perasaan sebenar anda. Habakuk jelasnya mengasihi Allah, tetapi itu tidak menghalangnya daripada mencabar Allah, dengan penuh hormat, dengan permintaan agar Dia membantunya memahami jurang perbezaan yang besar antara apa yang dipercayainya dan apa yang ia lihat di sekelilingnya. 

Sebaik sahaja nabi itu habis menyatakan soalannya, ia tahu sudah tiba masanya untuk mendengar. Demikian juga dengan anda. Habakuk menulis, "Aku akan naik ke menara pengawal, lalu menunggu apa yang akan difirmankan TUHAN kepadaku dan apa jawapan-Nya bagi sungutanku" (Habakuk 2:1 BM, penegasan penulis ditambahkan). Saya suka gambaran ini. Saya akan naik ke menara pengawal dan menunggu apa yang akan difirmankan Allah kepada saya. Ada kalanya, sebab kita tidak mendapat jawapan bagi soalan kita adalah kita tidak sanggup berhenti dan menunggu cukup lama untuk Allah menyatakan diri-Nya kepada kita. 

Penulis Mazmur 46:11 memetik Allah: "Berhentilah berperang, ketahuilah bahawa Aku ini Allah." 

Perhatikan bahawa Allah tidak berkata: "Bersibuklah, ketahuilah bahawa Aku ini Allah." 

Dia berkata, "Berhentilah." Berdiamlah. Dan dengar. 

Bagaimana anda betul-betul mendengar Allah? Anda boleh membuka Firman-Nya dan membenarkan Roh-Nya untuk menghidupkan kebenaran-Nya. Allah berbicara melalui keadaan, jika anda berhenti cukup lama untuk merenung. Dia berbicara melalui orang, memberikan kebijaksanaan ilahi dari syurga. Dan Dia berbicara secara langsung kepada anda melalui Roh-Nya. Apabila anda menjadi milik-Nya, meluangkan masa bersama-Nya, dan mendiamkan diri di hadapan-Nya, anda akan belajar mengenal suara-Nya. 

Barangkali anda meminta apa yang anda perlukan daripada Allah. Itu memang munasabah; Allah mahu kita menjangkau-Nya. Walau bagaimanapun, adakah anda sanggup mendengar apa yang Dia mahu katakan kepada anda, walaupun jawapan-Nya bukan apa yang anda ingin dengar? Terus mendengar. Allah tidak akan mengabaikan anda dalam saat-saat anda memerlukan pertolongan; Dia akan mendakap anda dengan kuat dan membolehkan anda menghadapi masa susah anda. 

Doa: Allah, saya bersedia untuk mendengar. Apakah rancangan-Mu dalam situasi ini? Bagaimana saya dapat bertumbuh melalui keadaan ini? 

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Hope In The Dark

Pelan Alkitab ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang berdukacita dan tidak faham sebabnya. Jika anda pernah kehilangan sesuatu, seseorang, ataupun anda rasa iman anda diregangkan hingga sampai pada hadnya, Pelan Alkitab daripada buku Pastor Life.Church Craig Groeschel ini, Hope in the Dark, mungkinlah apa yang anda perlukan. Sekiranya anda ingin percaya, namun tidak pasti bagaimana, ini adalah sesuai buat anda.

More

Kami berterima kasih kepada Pastor Craig Groeschel dan Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://craiggroeschel.com/