Ketenangan Jiwa: 7 Hari Kepada PembaharuanSampel

Soul Rest: 7 Days To Renewal

HARI 7 DARIPADA 7

SABAT

Keinginan bermurah hati kepada orang lain tanpa diketahui mendedahkan motivasi sebenar hati kita tentang keinginan kita untuk memberi. Kita mengingati bahawa Allah telah memberikan secara murah hati kepada kita dalam pelbagai cara yang kita tidak patut terima, dan ini memenuhi hati kita dengan kesyukuran terhadap-Nya. Memberi juga menolong kita mengingati bahawa Allah sahajalah yang memelihara orang yang mempunyai keperluan. Kita tidak bertanggungjawab menghasilkan kebenaran. Allah telah mentahbiskan agar kita berhenti dan berehat untuk betul-betul memikirkan kasih, kasih kurnia, dan pemeliharaan-Nya. Sementara kita berehat, Allah masih bekerja. 

Hari ini, pada hari terakhir kita, kita akan mengalami hari Sabat. Ini mungkinlah ritma yang baru, maka, mungkinlah pelik untuk mengamalkannya sekarang ini. Anda mungkin membawa keluarga untuk kembara berjalan kaki dan membincangkan kehebatan dan keagungan ciptaan Allah. Mungkin membaca Alkitab dan menghadiri pertemuan penyembahan untuk mengakui kemuliaan-Nya. Mengamalkan hari Sabat menolong kita mengenal pasti cara kita cuba dengan kekuatan diri untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu yang kita rasa akan membawa rehat dan kepuasan. Hari Sabat juga membantu kita untuk mengelak daripada berhala produktiviti. Apabila kita berhenti bekerja dan mengingati hari Sabat, kita mengingati kepentingan kerja yang berlaku di salib. Apabila kita mengingati keselamatan kita, kita akan meraikan penyelamat kita. 

Perhatian: Disebabkan oleh amalan yang baru ini, anda mungkin rasa anda tidak tahu cara mengamalkan Sabat dengan betul, lalu tidak mahu mencubanya. Ingatlah bahawa tujuan sebenar hari Sabat bukanlah untuk menyenangkan hati Allah dengan mengamalkan Sabat tetapi menemui rehat hasil daripada hadiah Sabat-Nya kepada kita. 

Satu faedah besar pengamalan hari Sabat ialah kita belajar membenarkan Allah untuk menjaga kita—tidak menjadi pasif dan malas, tetapi dalam kebebasan menghentikan percubaan lemah kita untuk menjadi Allah dalam hidup kita.

MARVA DAWN 

Tiada unsur yang mementingkan diri dalam Sabat, rehat & jagaan diri. Kita tidak boleh memberi apa yang tidak dimiliki.

EUGENE CHO 

Sabat ialah pertahanan Allah daripada keseksaan sentiasa mengatakan ya. Hari Sabat ialah hadiah Allah yang mengatakan tidak kepada corak hidup kita yang obsesif dan kompulsif.

A.J. SWOBODA 

Hari Sabat ialah tanda Allah yang bukan sahaja menunjukkan kebaikan-Nya kepada semua orang sebagai Pencipta mereka, tetapi belas kasihan-Nya terhadap umat pilihan-Nya sebagai Penyelamat mereka.

THE BAKER ENCYCLOPEDIA OF THE BIBLE 

Jika anda suka pelan ini dan ingin meneruskan perbualannya, lihatlah buku saya Soul Rest: Reclaim Your Life. Return to Sabbath.  Atau, berhubung di soulrestbook.com.  

Hari 6

Perihal Pelan

Soul Rest: 7 Days To Renewal

Dengan banyak tanggungjawab dan gangguan yang bersaing untuk merebut perhatian kita, terlalu banyak antara kita telah membina kitaran rehat yang tidak sihat. Akibatnya, kita kehabisan tenaga, berusaha sedaya upaya menentang tujuan Allah untuk hidup kita. Dalam pelan ini, kita dipanggil untuk menyelidiki diri secara sengaja, membantu kita bergerak ke arah hidup yang bertujuan dan mampan dengan Yesus.

More

Kami berterima kasih kepada Curtis Zackery kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://soulrestbook.com