Ketenangan Jiwa: 7 Hari Kepada PembaharuanSampel

DIAMLAH
Dalam budaya kita yang pantas, kita sentiasa bergerak. Sama ada kalendar kita yang selalu padat, fikiran yang sentiasa aktif, atau teknologi yang sentiasa berhubung, kita tidak reti berehat. Pada dasarnya, banyak antara kita dilanda kerja, prestasi, dan keinginan akan penghormatan, kedudukan, kuasa, nilai, dan kasih. Sama ada kita cuba menerima semua itu daripada orang atau Allah, usaha ini menyebabkan kita untuk menjadi penat. Jiwa yang keletihan. Satu-satunya cara kita boleh memulakan perjalanan ke arah rehat ialah mengizinkan diri untuk berhenti.
Hari ini, luangkan sedikit masa untuk berdiam. Sebaik-baiknya, masa yang dikhaskan secara sengaja untuk bertenang. Memanglah baik jika anda boleh pergi ke lokasi yang aman dan menghabiskan 10 minit bersendirian. Saya rasa 10 minit ialah tempoh yang munasabah. Lakukan ini tanpa bantuan teknologi atau kaedah yang berpotensi mengganggu anda.
Jika mengasingkan diri tidak mungkin dalam jadual anda, carilah cara untuk berdiam di tengah-tengah aliran biasa anda. Memandu secara senyap dalam perjalanan ke atau daripada kerja. Duduk diam-diam tanpa interaksi telefon semasa makan tengah hari. Kuncinya ialah tidak membenarkan apa-apa mengisi masa yang diuntukkan untuk berdiam dan bertenang.
Peringatan: Pasti ada godaan untuk mengurangkan kepentingan berdiam, tetapi saya ingin menggalakkan anda untuk sentiasa berjaga-jaga. Perhatikan apa yang sedang berlaku dalam fikiran dan hati anda semasa anda mengamalkan waktu sunyi ini.
Berdiam dan biarlah Dia bekerja.
THOMAS MERTON
Kesibukan ialah penyakit roh.
EUGENE PETERSON
Kamu mesti menghapuskan gesa-gesa tanpa belas kasihan daripada hidup kamu.
DALLAS WILLARD
...semua orang memerlukan kesunyian dan waktu bersendirian yang cukup dalam hidup mereka untuk membolehkan suara batin diri yang sebenar didengar sekurang-kurangnya sekali-sekala.
THOMAS MERTON
Kitab
Perihal Pelan

Dengan banyak tanggungjawab dan gangguan yang bersaing untuk merebut perhatian kita, terlalu banyak antara kita telah membina kitaran rehat yang tidak sihat. Akibatnya, kita kehabisan tenaga, berusaha sedaya upaya menentang tujuan Allah untuk hidup kita. Dalam pelan ini, kita dipanggil untuk menyelidiki diri secara sengaja, membantu kita bergerak ke arah hidup yang bertujuan dan mampan dengan Yesus.
More