Kesibukan Kudus: Mengamalkan Kehidupan yang Bekerja Keras dan Berehat dengan BaikSampel
Kepingan Lego ditemui di seluruh rumah. Koleksi kita bermula dengan beberapa set pada satu hari Natal, dan sekarang terdapat beberapa bakul yang dipenuhi kepingan berwarna-warni yang kecil itu. Semasa anak perempuan saya membina, kepingan Lego yang besar digunakan dahulu. Kepingan besar itulah yang mewujudkan suasana, kepingan yang membayangi ratusan beg plastik kecil yang dipenuhi bahagian yang hampir tidak dapat dilihat, yang diperlukan dan dilengkapi dengan baik untuk tujuannya.
Ada kalanya, saya cuma mahu menjadi, seperti kepingan Lego yang besar itu, pilihan yang tetap dan jelas. Walau bagaimanapun, kepingan Lego yang lebih besar dan lebih menarik tidak ada bezanya setelah bangunan itu siap dibina, tidak seperti yang anda jangkakan. Apabila saya mengambil kuda dan patung kecil, landak yang kecil, dan emping salji yang berkilau, saya sedar kadang-kadang kepingan yang paling kecil dalam set itu memberikan kesan yang terbesar.
Kepingan plastik kecil yang lut sinar, hampir tidak kelihatan, membentuk tingkap yang cantik.
Bintik kecil yang berkilau memperkemas bumbung dan meja.
Hidung lobak merah melengkapkan orang salji, dan sepatu luncur yang kecil menghiasi kaki yang kecil.
Sering kali, saya merupakan kepingan asing yang memainkan watak pembantu yang kecil. Watak pendiam yang ditenggelamkan oleh personaliti yang lebih hebat daripada hakikat sebenar. Watak yang menganggap dirinya senang diganti atau tidak diperlukan dalam produk akhir—seronok kalau dimasukkan, tetapi bukan "mesti dimasukkan." Namun, betapa murah hatinya Allah kerana mencipta tubuh Kristus secara khusus dan secara sengaja untuk memerlukan setiap bahagian—macam mana besar atau kecil pun bahagian itu.
Adakah anda rasa seperti kepingan kecil yang tidak diendahkan dalam kit itu? Adakah anda masih rasa tidak pasti bahawa apa yang kelihatan sederhana, biasa dan tidak teratur boleh menjadi sebahagian daripada kerja kerajaan kudus yang ingin dilaksanakan oleh hati anda untuk dunia ini? Adakah anda tertanya-tanya bagaimana anda boleh kekal di mana Allah telah memanggil anda apabila anda tidak yakin kerja yang telah diberikan kepada anda adalah cukup baik?
Kehadiran anda dan tujuan anda adalah penting. Sama ada kita adalah kepingan yang paling menarik dalam longgokan itu (membantu kepingan lain untuk berdiri kukuh!) ataupun kepingan asing yang paling kecil (yang berkilau-kilauan!), kita memuliakan Allah apabila kita bersatu demi kerajaan-Nya. Anda tidak dapat diganti, anda dilengkapi dengan baik, dan memang diperlukan untuk kerja yang telah dirancang oleh Allah untuk anda. Dalam Kristus, kita boleh melakukan lebih daripada yang dibayangkan.
Perihal Pelan
Keseimbangan. Itulah yang kita inginkan dalam kehidupan kita apabila mendengar laungan "berusaha lebih kuat!" di telinga kanan, dan bisikan "berehat lama" di telinga kiri. Bagaimana jika rancangan Allah untuk kita bukan salah satu daripadanya sahaja? Alami kesibukan kudus—gaya hidup bekerja keras dan berehat dengan baik dalam cara yang memuliakan Allah.
More