Kesibukan Kudus: Mengamalkan Kehidupan yang Bekerja Keras dan Berehat dengan BaikSampel
Berehat adalah sukar bagi saya kerana kecenderungan saya untuk bekerja keras dan berusaha. Saya telah hidup cukup lama dengan kelemahan saya untuk memahami bahawa, tertanam jauh dalam diri, saya percaya jika saya tidak bekerja, saya akan gagal. Dan jika saya gagal, saya tidaklah bernilai. Walau bagaimanapun, dengan cara yang sama saya percaya kita boleh melayani Allah dalam kerja kita, saya percaya kita boleh memuliakan-Nya apabila kita berehat.
Kita perlu memperlahankan diri, menghabiskan masa dalam Firman, dan mendiamkan diri untuk mendengar suara Allah supaya kita dilengkapi dengan lebih baik untuk kerja yang Dia panggil kita untuk lakukan. Apabila saya cuba bekerja siang malam tanpa rehat, saya bukan sahaja kehabisan tenaga, mengabaikan keluarga saya, dan bertindak sebagai pengurus yang tidak baik terhadap kesihatan saya, malah membuat keputusan yang terburu-buru berdasarkan agenda dan impian saya dan bukannya mendengar pimpinan senyap Allah.
Charles Swindoll menulis, "Allah tidak pernah meminta kita untuk memenuhi tekanan dan tuntutan kehidupan mengikut cara sendiri atau bergantung kepada kekuatan diri. Dia tidak juga meminta kita untuk memperoleh perkenanan-Nya dengan membina portfolio perbuatan baik yang mengagumkan. Sebaliknya, Dia menjemput kita untuk mendapat rehat yang dijanjikan-Nya."
Allah bekerja dan berpuas hati, dan Dia berehat lalu menguduskannya.
Kita dijemput untuk menyertai-Nya dalam rehat itu, kerana pada waktu itu kita boleh menyerahkan kekhuatiran kita, bersatu dengan-Nya, dan melakukan apa yang menjadi tujuan penciptaan kita untuk menyegarkan jiwa kita untuk masa depan.
Berehat, bagi saya, dahulunya bermaksud duduk di sofa dan memakan kudapan tanpa berfikir panjang sambil menonton televisyen. Saya rasa saya patut berehat, bahawa tidak melakukan "apa-apa" adalah cara saya harus bersantai. Namun, saya kerap rasa lebih letih, muak dengan semua gula yang dimakan, dan langsung tidak bermotivasi untuk melakukan apa-apa.
Bolehkah saya membongkar mitos untuk anda? Maksud berehat setiap individu adalah berbeza-beza. Saya mempunyai kawan yang mendapat tenaga daripada berlari jauh pada awal pagi di mana mereka boleh bersendirian dengan fikiran, doa, dan jalan mereka. Saya mempunyai kawan lain yang berasa muda kembali dengan berkumpul bersama orang lain di rumah mereka untuk makanan dan perbualan yang baik. Anda mungkin mendapati diri anda berehat dengan sebaik-baiknya apabila anda membaca buku, melukis, bermain muzik, atau berkebun.
Allah telah mencipta kita dengan teliti, maka, tidak hairanlah bahawa rehat kita jugalah seunik kerja kita.
* * *
Jika anda seronok dengan renungan yang diadaptasi daripada Holy Hustle: Embracing a Work-Hard, Rest-Well Life oleh Crystal Stine ini, dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang mengejar tujuan Allah bagi hidup anda, layari https://amzn.to/2I3ow1d.
Perihal Pelan
Keseimbangan. Itulah yang kita inginkan dalam kehidupan kita apabila mendengar laungan "berusaha lebih kuat!" di telinga kanan, dan bisikan "berehat lama" di telinga kiri. Bagaimana jika rancangan Allah untuk kita bukan salah satu daripadanya sahaja? Alami kesibukan kudus—gaya hidup bekerja keras dan berehat dengan baik dalam cara yang memuliakan Allah.
More