Tidak Goyah Bersama Dengan Lisa BevereSampel
Gereja sering kali cepat mengutuk dosa dan tingkah laku orang yang tidak percaya kepada Tuhan, namun memang tidak menghairankan bahawa orang yang tidak mengenali Allah itu berkelakuan sedemikian. Apa yang harus kita utamakan, pertama sekali, adalah sama ada kita menjalankan kehidupan yang kudus dan terubah. Ketika kita mencari Tuhan, kita boleh memohon kebijaksanaan untuk menyatakan kebaikan-Nya kepada dunia di sekeliling kita dalam cara yang mengundang mereka untuk menemukan perubahan masing-masing dalam-Nya.
Sebagai anak Allah, kita dicipta semula dalam Kristus untuk menjadi sekeras berlian sementara selembut bunga.
Kita hidup di dunia yang memenuhi apa yang ditulis oleh Paulus dalam Roma 1. Banyak antara kita telah meninggalkan pengetahuan dan hadirat Allah dan tidak lagi mengenali asas reka bentuk manusia-Nya.
Walau bagaimanapun, tanyalah diri anda, adakah meratapi kejahatan zaman kita mengubah apa-apa? Malangnya, kita lebih terkenal kerana apa yang kita menentang berbanding apa yang kita sokong. Kekudusan dan perubahan yang kita harapkan dalam budaya kita tidak akan dicapai melalui penilaian dan pengutukan budaya kita, tetapi melalui penanganan isu diri terlebih dahulu dan kemudiannya menunjukkan kebaikan, belas kasihan, dan harapan Allah kepada mereka yang memerlukannya.
Kebaikan Allah sentiasalah undangan bagi kita untuk kembali kepada kebenaran, bukannya sokongan dosa. Oleh sebab itu, kita memerlukan kebijaksanaan. Kadang kala, kita bertindak seolah-olah dosa itu tidak berdosa kerana kita tidak mahu orang lain berasa malu. Akan tetapi, kita perlu rela mengatakan dosa itu berdosa, tetapi berbuat demikian dalam cara yang memberikan harapan dan bukannya mengutuk.
Kekudusan dalam budaya kita bermula apabila kita menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Terdapat satu generasi yang amat memerlukan perubahan, dan mereka sedang menunggu untuk melihatnya dalam kita.
Allah mengatakan bahawa Dia akan memulihkan sesebuah negeri itu apabila umat-Nya merendahkan diri dan berdoa, bukannya apabila segala sesuatu menjadi teratur dengan sempurna dalam kerajaan negeri itu. Apakah makna ini kepada anda?
Tonton video ini dengan sari kata Bahasa Melayu.Perihal Pelan
Apakah itu kebenaran? Budaya mempercayai bohong bahawa kebenaran adalah sebatang sungai, semakin surut dan mengalir dengan peredaran masa. Walau bagaimanapun, kebenaran bukanlah sebatang sungai—ia ialah seketul batu. Dalam lautan pendapat yang bergelora, pelan ini akan melabuhkan jiwa anda—memberikan anda hala tuju yang jelas di dunia yang berliku-liku ini.
More