Tidak Goyah Bersama Dengan Lisa BevereSampel

Adamant With Lisa Bevere

HARI 1 DARIPADA 6

Manusia berabad-abad lamanya mencari bahan yang dipanggil adamas. Batu yang tidak diketahui ramai ini adalah berkuasa, berdaya magnet, berkilau, dan tidak dapat dimusnahkan. Para pemerintah berfikir sekiranya mereka dapat menjumpainya, mereka dapat menggunakannya sebagai senjata dan perisai lalu menjadi tidak dapat dikalahkan. Selama ratusan tahun, para pahlawan berusaha mencari batu ajaib ini. 

Saya suka idea ini. Terdapat sesuatu yang menarik tentang usaha pencarian dan batu ajaib itu, tetapi sekarang ini tiada lagi orang yang berusaha mencari batu ajaib. Kini, pencarian telah berubah. Dunia tidak lagi mencari batu kedap; mereka mencari kebenaran yang kedap dan tidak berubah.

Pada teras kita, kita inginkan sesuatu yang kukuh, sesuatu yang teguh. Pontius Pilatus juga bertaya kepada Yesus, “Apakah itu kebenaran?” Bagi banyak orang, ini adalah soalan yang sukar—dan untuk sekian lama, kita membiarkan soalan ini tidak dijawab.

Kita hidup pada waktu kita memerlukan perbualan teras, hubungan teras, dan perkaitan teras dengan Firman Allah, iaitu kebenaran. Kita merupakan generasi yang telah dilucutkan kekaguman kita, dan terlalu kerap kita mengejar sesuatu yang sia-sia, terumbang-ambing di sungai kebenaran. 

Walau bagaimanapun, kebenaran bukanlah sebatang sungai. Ia ialah seketul batu. 

Di tengah-tengah semua kekeliruan dan perbandingan ini, kita mesti mengalihkan perhatian kepada Yesus. Dialah bukit batu kita, Adamas kita: kukuh dan tidak tergoyah. Kita dijemput untuk membentuk hidup kita dalam-Nya—bukan atas-Nya sahaja, tetapi dalam-Nya—sebagai dasar kita yang teguh. Dialah satu-satunya tapak yang kukuh di dunia yang dipenuhi batu kerikil. 

Apabila kita melakukan ini, Dia menjadikan kita teguh, seperti-Nya. Dialah batu asas, tetapi kita jugalah batu hidup, yang dibina bersama dengan-Nya menjadi rumah rohani yang bertindak sebagai kota kara dan tempat perlindungan bagi semua orang yang digoncang oleh dunia kita yang sentiasa berubah-ubah. 

Ini adalah sebahagian daripada panggilan kita sebagai orang Kristian—untuk berdiri teguh dalam kebenaran, bukan demi kepentingan sendiri, tetapi demi kepentingan orang yang mencari sesuatu dasar untuk membina kehidupan mereka. 

Apakah maksudnya bagi anda bahawa Yesus ialah bukit batu? Dalam lingkungan manakah kebenaran telah menjadi lemah longlai dalam dunia anda?

Tonton video ini dengan sari kata Bahasa Melayu.
Hari 2

Perihal Pelan

Adamant With Lisa Bevere

Apakah itu kebenaran? Budaya mempercayai bohong bahawa kebenaran adalah sebatang sungai, semakin surut dan mengalir dengan peredaran masa. Walau bagaimanapun, kebenaran bukanlah sebatang sungai—ia ialah seketul batu. Dalam lautan pendapat yang bergelora, pelan ini akan melabuhkan jiwa anda—memberikan anda hala tuju yang jelas di dunia yang berliku-liku ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada John & Lisa Bevere kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://iamadamant.com