Prinsip Pengurusan Masa Daripada Firman AllahSampel

Time Management Principles From God’s Word

HARI 4 DARIPADA 6

Menentukan Perkara yang Penting

Marta menerima kritikan dalam khutbah kita berkenaan petikan dalam Lukas 10. Walau bagaimanapun, kenyataannya adalah kita semua jugalah Marta dari masa ke masa, bergumul untuk mengenal pasti tugas yang paling penting pada masa tertentu. Jelasnya, seseorang perlu menyediakan makan malam, dan saya berani kata bahawa Yesus menghargai layanan baik Marta. Memasak makan malam bukannya tidak penting. Yesus menjelaskan bahawa ia bukanlah perkara yang paling penting yang harus dilakukan Marta atau saudara perempuannya Maria pada waktu itu. Perkara yang paling penting pada waktu itu adalah menerima pengajaran dekat kaki Yesus.

Seperti yang dilihat semalam, mengumpul komitmen, tugas, dan projek kita adalah langkah yang penting dalam pengurusan masa yang berkesan. Walau bagaimanapun, setelah semua komitmen anda dikumpulkan, tibalah masanya untuk menetapkan perkara mana dalam senarai anda adalah projek dan tugas yang paling penting. Proses ini memerlukan penjelasan apa yang anda percaya adalah panggilan Allah terhadap anda pada musim kehidupan anda ini dan terhadap kerja anda. Menimbangkan gambaran besar dan matlamat yang umum itu, tanyalah diri anda, "Apakah satu perkara yang, setelah diselesaikan, akan membuat segala sesuatu dalam projek ini lebih mudah ataupun lebih berhasil?" Jawapan kepada soalan ini menjadi perkara yang paling penting, yang harus menjadi tumpuan anda. Tangguhkan segala sesuatu yang mungkin sehingga tugas ini diselesaikan. Kemudian, ulangi proses ini secara berulang kali.

Semasa saya sedang menulis buku terakhir saya, Called to Create, saya ditenggelami banyak tugas yang perlu dilakukan untuk memasarkan projek tersebut. Saya perlu mencari seorang ejen, meyakinkan penerbit, menjalankan temu bual, menulis 50,000 patah perkataan, membina platform untuk memasarkan buku tersebut, dsb. Namun, pada permulaan projek tersebut, saya sedar bahawa sekiranya saya tidak dapat mencari seorang ejen untuk mewakili saya, tiada apa-apa dalam projek itu adalah penting. Mencari ejen adalah tugas paling penting saya. Jadi, saya menangguhkan semua perkara dalam projek itu sehingga saya mendapat ejen yang dapat mewakili saya.

Sebenarnya, pada bila-bila masa, hanya beberapa tugas dan projek adalah betul-betul penting. Amalkanlah tabiat mengenal pasti dua atau tiga perkara yang penting dalam hidup anda dan tumpukan perhatian padanya sehingga tugas itu diselesaikan.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Time Management Principles From God’s Word

Adakah anda berasa kecewa kerana tiada lebih daripada 24 jam dalam sehari? Ditenggelami bilangan projek dalam senarai tugasan anda? Berasa penat dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk Firman Allah dan untuk kawan serta keluarga anda? Ini mungkinlah pergumulan yang paling biasa di dunia ini. Berita baiknya adalah Alkitab memberikan prinsip yang jelas untuk menguruskan masa dengan baik. Pelan ini akan menjelaskan Kitab Suci tersebut secara terperinci dan memberikan anda nasihat yang amat praktikal tentang cara menggunakan masa anda yang selebihnya dalam hidup ini!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jordan Raynor kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.jordanraynor.com/time/