Prinsip Pengurusan Masa Daripada Firman AllahSampel

Time Management Principles From God’s Word

HARI 2 DARIPADA 6

Menetapkan Batasan

Sepanjang injil, Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes memerhatikan secara berulang kali tentang jumlah masa yang dihabiskan Yesus bersendirian—berjauhan daripada murid, orang ramai, dan kesibukan pelayanan-Nya. Kelakuan yang kerap disebut ini mencadangkan bahawa Yesus merupakan pakar menetapkan batasan terhadap masa-Nya. Demikian juga, jika kita ingin menguruskan masa kita secara berkesan dan membuat sumbangan terbesar kita kepada dunia ini, kita mesti menetapkan batasan yang jelas terhadap jadual kita.

Seperti Yesus, ini seharusnya bermula dengan menguntukkan masa tetap untuk berdoa (Markus 1:35) dan mengkaji Firman Allah. Kebanyakan daripada kita adalah biasa dengan idea persembahan wang kita. Walau bagaimanapun, bagaimana pula dengan persembahan masa kita? Jika kita memenuhkan jadual kita dengan tuntutan kerja dan rumah dan kemudiannya cuba mencari masa untuk berdoa dan mengkaji Firman Allah, kita akan gagal. Sebelum anda melanjutkan renungan ini, ambillah masa untuk menetapkan jumlah masa yang anda akan persembahkan secara khusus untuk doa dan pengajian Alkitab setiap hari.

Sesudah anda menetapkan batasan yang jelas dalam jadual anda untuk disiplin rohani, adalah berguna untuk mengambil pendekatan yang sama dengan menguntukkan masa anda di rumah dan di tempat kerja. Bagi saya, kebiasaan yang tetap membantu saya mengawal "keseimbangan budaya kerja" saya. Hampir setiap hari, saya bertolak ke pejabat pada 4:45 pagi dan balik ke rumah pada 4:00 petang. Jadual yang sama ini memberikan saya batasan yang jelas di mana dalam lingkungannya saya dapat memaksa diri saya untuk menumpukan perhatian pada kerja saya. Adakah semua kerja saya diselesaikan? Tentulah tidak. Namun, keadaannya juga sama jika saya bekerja sehingga pukul 5:00, 6:00, ataupun 10:00. Tidak ada kesudahan kerja. Batasan yang jelas dalam jadual saya pada penghujung hari di pejabat memastikan bahawa saya mempunyai banyak masa untuk dihabiskan bersama dengan isteri, anak, dan keluarga gereja saya.

Jika anda tidak meluangkan masa untuk menetapkan batasan dalam jadual anda, orang lain akan melakukannya. Jika anda belum berbuat demikian, ikutlah pimpinan Yesus dan menetapkan batasan yang jelas di mana dalam lingkungannya anda boleh menggunakan masa anda. Ini merupakan langkah pertama untuk mengawal kalendar anda dan menguruskan masa anda dengan baik.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Time Management Principles From God’s Word

Adakah anda berasa kecewa kerana tiada lebih daripada 24 jam dalam sehari? Ditenggelami bilangan projek dalam senarai tugasan anda? Berasa penat dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk Firman Allah dan untuk kawan serta keluarga anda? Ini mungkinlah pergumulan yang paling biasa di dunia ini. Berita baiknya adalah Alkitab memberikan prinsip yang jelas untuk menguruskan masa dengan baik. Pelan ini akan menjelaskan Kitab Suci tersebut secara terperinci dan memberikan anda nasihat yang amat praktikal tentang cara menggunakan masa anda yang selebihnya dalam hidup ini!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jordan Raynor kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.jordanraynor.com/time/