Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam RohSampel
Ada kalanya kanak-kanak takut akan gelap. Ketakutan memasuki hati dan saraf mereka, dan mereka menggeletar; apabila mereka mendengar suara ibu atau bapa mereka, keadaan menjadi tenang dan mereka akan terlelap. Ia adalah sama dalam pengalaman rohani kita. Sesetengah ketakutan melanda kita dan hati kita dikuasai ketakutan; apabila kita mendengar nama kita dipanggil, dan suara Yesus berkata, "Janganlah takut, Aku Yesus!" kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia memenuhi hati kita.
Seseorang manusia tidak mungkin kekal sama setelah mendengar Yesus Kristus dikhabarkan. Dia mungkin tidak menumpukan perhatian pada perkhabaran itu; dia mungkin kelihatan telah lupa tentang itu, tetapi dia tidaklah sama seperti dulu, dan pada bila-bila masa kebenaran mungkin timbul dalam kesedarannya dan memusnahkan semua kedamaian dan kegembiraannya.
Soalan Renungan: Apakah yang menakutkan anda? Bilakah saya paling cenderung rasa takut? Apakah kata-kata Yesus yang mengejutkan saya? Apakah kata-kata Yesus yang melenyapkan ketakutan saya?
Petikan daripada Servant as His Lord dan Run Today’s Race, © Discovery House Publishers

Kitab
Perihal Pelan
Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan kedamaian dalam Allah dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kedamaian Allah dalam kehidupan anda.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Discovery House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.utmost.org