Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam RohSampel
Memanglah perkara yang mudah untuk mengkhabarkan sesuatu yang memberitahu seseorang untuk melakukan perbuatan yang sangat mudah; menjadikan mesej Allah suatu bumerang adalah satu perkara yang lain—"Anda mengajar orang lain bahawa mereka harus dipenuhi kedamaian dan sukacita, tetapi bagaimana pula dengan diri anda? Adakah anda dipenuhi kedamaian dan sukacita?" Saksi yang jujur adalah orang yang membenarkan cahaya-Nya bersinar dalam pekerjaan yang menunjukkan sifat Yesus; Dia yang mengamalkan kebenaran di samping mengkhabarkannya.
Cara kehidupan Allah dilihat dengan jelas secara bersukacita adalah dalam kedamaian yang tidak peduli tentang pujian. Apabila seseorang menyampaikan mesej yang disedarinya adalah mesej Allah, kesaksian kepada penggenapan tujuan penciptaan diberikan dengan serta-merta, kedamaian Allah menetap, dan orang itu tidak peduli tentang pujian mahupun disalahkan oleh orang lain.
Soalan Renungan: Apakah kebenaran yang saya khabarkan lebih baik daripada yang saya amalkan? Adakah terdapat konflik yang tidak diselesaikan antara saya dan orang lain, yang bagaikan bidai tingkap yang menghalang cahaya Kristus dalam diri saya? Apakah keangkuhan yang menghalang saya daripada berdamai?
Petikan daripada The Love of God, © Discovery House Publishers

Kitab
Perihal Pelan
Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan kedamaian dalam Allah dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kedamaian Allah dalam kehidupan anda.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Discovery House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.utmost.org