Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam RohSampel

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

HARI 2 DARIPADA 30

Kita telah berbincang tentang "keadaan yang tidak dapat kita kawal." Tiada seorang daripada kita dapat mengawal keadaan kita, tetapi kita bertanggungjawab terhadap cara kita mengendalikan diri di tengah-tengah keadaan kita. Dua kapal boleh berlayar dalam arah yang bertentangan dalam angin yang sama, berdasarkan kemahiran pengemudinya. Pengemudi yang mengemudikan kapalnya ke atas batu mengatakan bahawa dia tidak dapat mengawalnya, angin bertiup ke arah itu; pengemudi yang melabuhkan kapalnya mengharungi angin yang sama, tetapi dia tahu cara mengawal layarnya supaya angin itu dapat mengemudikannya ke arah yang diingininya. Kuasa kedamaian Allah akan membolehkan anda untuk mengemudi perjalanan anda dalam kekucar-kaciran kehidupan sehari-hari.

Ya Tuhan, saya kembali kepada-Mu. Saya hanyalah orang yang terbiar sehingga Engkau menyentuh saya dengan keyakinan kedamaian-Mu, kasih-Mu yang manis.

Soalan Renungan: Apakah kuasa kedamaian dalam kehidupan saya? Adakah saya merampas kuasa kedamaian dengan menegaskan bahawa ia harus berserah kepada "akal budi" saya? Apakah yang lebih menyakinkan daripada berdamai dengan Allah yang penyayang?

Petikan daripada The Moral Foundation of Life dan Knocking at God's Door, © Discovery House Publishers
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan kedamaian dalam Allah dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kedamaian Allah dalam kehidupan anda.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Discovery House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.utmost.org