ROMA 12:10-21

ROMA 12:10-21 Alkitab Berita Baik (BM)

Kamu harus saling mengasihi dengan mesra sebagai saudara dalam keluarga Kristus. Hendaklah kamu saling mendahului untuk memberikan hormat. Jangan malas, tetapi bekerjalah dengan rajin. Abdikanlah diri kepada Tuhan dengan semangat daripada Roh Allah. Kerana kamu berharap kepada Tuhan, bersukacitalah. Bersabarlah semasa mengalami kesusahan dan berdoalah sentiasa. Hendaklah kamu berkongsi milik dengan saudara seiman yang memerlukan bantuan, dan sambutlah saudara seiman yang tidak kamu kenal ke rumah. Berdoalah kepada Allah supaya Dia memberkati orang yang menganiaya kamu. Mintalah Allah memberkati mereka, dan janganlah minta Allah mengutuk mereka. Bersukacitalah dengan mereka yang bersukacita, dan menangislah dengan mereka yang menangis. Hendaklah kamu semua hidup rukun. Janganlah bersikap sombong, janganlah tolak tugas yang dipandang rendah. Janganlah anggap diri kamu lebih bijak daripada yang sebenarnya. Jika seseorang berbuat jahat terhadap kamu, janganlah balas dia dengan kejahatan. Berusahalah untuk melakukan apa yang dianggap baik oleh semua orang. Dengan sedaya upaya, berusahalah untuk hidup damai dengan semua orang. Saudara-saudaraku! Jangan sekali-kali balas dendam; biarlah Allah yang membalas dendam. Di dalam Alkitab tertulis, “Aku akan membalas kejahatan mereka. Aku akan menghukum mereka, firman Tuhan.” Janganlah balas dendam, tetapi lakukanlah apa yang tertulis di dalam Alkitab, “Jika musuhmu lapar, berilah dia makan; jika dia dahaga, berilah dia minuman. Kerana dengan berbuat demikian, kamu akan membuat dia malu.” Janganlah biarkan diri kamu dikalahkan oleh kejahatan, tetapi kalahkanlah kejahatan dengan kebaikan.

ROMA 12:10-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka handaklah kiranya kamu bŭrkasih sayang sa’orang dŭngan sa’orang dŭngan kasih bagie saudara, sŭrta mŭndahului sa’orang mŭmbri hormat akan sa’orang. Janganlah kamu bŭrlalie dalam pŭkŭrjaan; biarlah hatimu rajin sŭrta bŭrbakti kapada Tuhan. Maka tŭrmasalah dŭngan harap, dan sabarlah dalam kasusahan; dan usahakanlah sŭntiasa dalam minta doa. Maka tulonglah akan kŭkurangan orang salih, sŭrta sambutlah akan orang dagang. Mintakanlah bŭrkat kapada orang yang mŭngannyayai akan kamu; mintakanlah bŭrkat dan janganlah mŭla’natkan dia. Maka bŭrgŭmarlah bŭrsama sama dŭngan orang yang bŭrgŭmar, dan mŭnangislah bŭrsama sama dŭngan orang yang mŭnangis. Maka handaklah kamu sama hati sa’orang dŭngan sa’orang; dan janganlah kamu mŭnaroh fikiran atas pŭrkara yang tinggi tinggi, mŭlainkan rŭndahkanlah dirimu kapada orang yang rŭndah halnya; janganlah kamu mŭmandie akan dirimu kapada pŭmandangan sŭndiri. Maka janganlah kamu mŭmbalas kapada barang sa’orang jahat dŭngan jahat, maka bŭrlakulah kamu dŭngan kŭlakuan yang bŭnar dihadapan sagala manusia. Maka jikalau dŭngan sŭbulih bulihnya sŭbrapa kamu bulih, tinggallah dalam pŭrdamiean kapada sagala manusia. Hie kŭkasihku, bahwa janganlah kamu balas dŭndam, mŭlainkan undorlah kamu deri pada marah: kŭrna tŭlah tŭrsurat, Fŭrman Tuhan, bahwasanya akulah yang ampunya tuntutan bela itu, dan aku akan mŭmbalaskan. Maka sŭbab itu jikalau sŭtrumu itu lapar, brilah makan akan dia, dan jikalau iya dahaga, brilah minum; kŭrna dŭngan kŭlakuan yang dŭmkianlah kŭlak angkau akan mŭnimbunkan bara api ka’atas kŭpalanya. Maka janganlah kamu dialahkan ulih kŭjahatan, mŭlainkan biarlah angkau mŭngalahkan kŭjahatan itu dŭngan kŭbajikan.

ROMA 12:10-21

ROMA 12:10-21 BM