Roma 12:10-21

Imej Ayat untuk Roma 12:10-21

Roma 12:10-21 - Hendaklah kamu bersikap baik dan mengasihi sesama sendiri dengan kasih persaudaraan, serta saling menghormati dan mengutamakan; jangan biarkan kerajinanmu berkurangan; hendaklah semangat rohanimu tetap berkobar-kobar; sentiasa abdikan diri kepada Tuhan. Bergembiralah dalam harapan, tabah menghadapi kesusahan, dan terus-menerus berdoa. Berilah bantuan untuk memenuhi keperluan orang salih, dan berikan tempat menumpang.
Pohonlah berkat bagi orang yang menganiaya kamu, dan jangan kutuk mereka. Bergembiralah dengan orang yang bergembira, dan menangislah dengan orang yang menangis. Bersatu hatilah sesama kamu. Jangan tinggi hati, sebaliknya bergaullah dengan golongan yang sederhana. Jangan anggap dirimu bijaksana.
Jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Perhatikan apa yang baik di mata semua orang. Setakat yang mungkin, jika dalam keupayaanmu, hiduplah dalam damai dengan semua manusia. Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah berusaha membalas dendam, serahkanlah kepada kemurkaan Allah, kerana telah tersurat: “Pembalasan adalah hak-Ku. Akulah yang akan membalas,” demikian firman Tuhan. Oleh itu, “Jika musuhmu lapar, berilah dia makan; jika dia dahaga, beri dia minum; Kerana dengan berbuat demikian, kamu menimbunkan bara api ke atas kepalanya.” Jangan ditewaskan oleh kejahatan, tetapi tewaskanlah kejahatan dengan kebaikan.