WAHYU 18:2-3
WAHYU 18:2-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Dia berseru dengan suara lantang, “Babel sudah jatuh! Babel yang agung sudah jatuh! Sekarang syaitan-syaitan dan roh-roh jahat tinggal di Babel. Segala macam burung yang najis dan dibenci orang tinggal di situ. Semua bangsa sudah minum wainnya, iaitu perbuatannya yang cabul. Raja-raja dunia melakukan perbuatan cabul dengannya, dan saudagar-saudagar di bumi menjadi kaya oleh nafsunya yang tidak terkendali itu.”
WAHYU 18:2-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka bŭrtŭmpeklah iya dŭngan swara yang kras, katanya, Nŭgri Babel yang bŭsar itu tŭlah runtohlah, runtohlah, iya itu tŭla mŭnjadi tŭmpat kadiaman sagala Shietan, dan sangkaran sagala jin jahat, dan kurongan sagala burong yang haram, dan kabŭnchian adanya. Kŭrna sagala bangsa tŭlah mŭminum ayer anggor morka pŭrzinahannya itu, dan sagala raja raja dibumi tŭlah bŭrbuat zinah dŭngan pŭrampuan itu, dan sagala saudagar dibumi pun tŭlah bŭrulih kŭkayaan deripada kalempahan lazatnya.
WAHYU 18:2-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dia berseru dengan suara yang lantang dan hebat, “Babel yang agung telah runtuh, telah runtuh, dan telah menjadi tempat kediaman roh-roh jahat, penjara bagi setiap roh jahat, sangkar bagi setiap burung yang jijik dan dibenci! Semua bangsa telah minum air anggur hawa nafsunya yang cabul. Raja-raja dunia telah berzina dengannya, dan saudagar-saudagar dunia telah menjadi kaya-raya dari kemewahannya yang melimpah-limpah.”