Wahyu 18
18
Kejatuhan Babel
1Selepas segala ini, aku melihat satu lagi malaikat turun dari syurga, dengan kekuasaan besar, dan bumi diterangi oleh kemuliaannya. 2#Yes 21:9; Yer 51:8; Why 14:8. Yes 13:21; Yer 50:39.Dia berseru dengan suara yang lantang dan hebat, “Babel yang agung telah runtuh, telah runtuh, dan telah menjadi tempat kediaman roh-roh jahat, penjara bagi setiap roh jahat, sangkar bagi setiap burung yang jijik dan dibenci! 3#Yes 23:17; Yer 51:7.Semua bangsa telah minum air anggur hawa nafsunya yang cabul. Raja-raja dunia telah berzina dengannya, dan saudagar-saudagar dunia telah menjadi kaya-raya dari kemewahannya yang melimpah-limpah.”
4 # Yes 48:20; Yer 50:8; 51:6,45. Aku mendengar satu suara lagi dari syurga berkata,
“Keluarlah daripadanya, hai kaumku,
supaya kamu tidak bersubahat dengan dosanya
dan tidak ditimpa wabaknya.
5 # Kej 18:20,21; Yer 51:9. Segala dosanya telah bertimbun-timbun sampai ke syurga
dan Allah ingat akan kejahatannya.
6 # Mzm 137:8; Yer 50:29. Perlakukan dia sebagaimana dia telah memperlakukanmu,
dan balas perbuatannya dua kali ganda.
Dalam cawan yang telah dibancuhnya,
bancuh dua kali ganda.
7 # Yes 47:7-9. Sebagaimana dia telah memuliakan dirinya dan hidup mewah,
sebanyak itulah diberikan dia kesengsaraan dan kesedihan;
kerana dalam hatinya dia berkata,
‘Aku bersemayam sebagai ratu,
aku bukan balu,
dan tidak akan mengalami kesedihan.’
8Oleh itu, pelbagai bencana akan menimpanya dalam satu hari sahaja,
kematian dan ratapan serta kebuluran.
Dia akan hangus dibakar dengan api,
kerana Tuhan Allah yang menghakiminya amat perkasa.”
9 # Yeh 26:16,17. Raja-raja dunia yang telah berbuat cabul dan hidup mewah dengannya akan menangis dan meratapinya apabila mereka melihat asap api yang membakarnya. 10Sambil berdiri jauh kerana takut akan kesengsaraannya, mereka berkata,
“Aduhai, sengsaranya,
kota Babel yang agung!
Dalam sejam sahaja hukuman telah menimpamu.”
11 # Yeh 27:31,36. Saudagar-saudagar dunia akan menangis dan meratapinya, kerana tiada siapa membeli dagangan mereka lagi — 12#Yeh 27:12,13,22.dagangan emas, perak, permata dan mutiara, kain linen halus, kain ungu, kain sutera dan kain kesumba, setiap jenis kayu yang harum baunya, segala bekas daripada gading, kayu indah, tembaga, besi dan batu marmar, 13juga kayu manis, rempah-ratus, setanggi, minyak wangi, dupa, air anggur, minyak zaitun, tepung halus, gandum, dan lembu, domba, kuda, pedati, abdi, serta nyawa manusia. 14Mereka akan berkata, “Buah-buahan yang diidami oleh hati jiwamu telah lenyap dari matamu, dan segala benda yang mewah serta hebat telah terlepas dari tanganmu, dan kamu tidak akan mendapatkannya lagi.” 15#Yeh 27:31,36.Saudagar-saudagar yang menjual segala dagangan itu, yang telah menjadi kaya-raya kerananya, akan berdiri jauh kerana takut akan kesengsaraannya, sambil menangis dan meratap. 16Mereka akan berkata,
“Aduhai, sengsaranya, kota yang agung itu,
yang memakai kain linen halus, kain ungu dan kain kesumba,
serta dihiasi emas permata dan mutiara!
17 # Yes 23:14; Yeh 27:26-30. Dalam sejam sahaja segala kemewahan itu lenyap sama sekali.”
Setiap nakhoda, pelayar, kelasi dan saudagar di laut, berdiri jauh. 18#Yeh 27:32.Mereka menangis melihat asap api yang membakarnya, sambil berkata, “Kota manakah yang setanding dengan kota agung ini?” 19#Yeh 27:30-34.Mereka meletakkan debu ke atas kepala mereka sambil berseru dengan ratap tangisnya,
“Aduhai, sengsaranya, kota yang agung itu,
yang kekayaannya telah memperkaya setiap penduduknya
yang memiliki kapal di laut!
Dalam sejam sahaja ia telah kehilangan segala-galanya.”
20 # Ul 32:43; Yer 51:48. Bergembiralah melihat keadaannya,
wahai syurga dan sekalian orang salih,
para rasul serta nabi yang suci,
kerana Allah telah menghukumnya kerana perbuatannya terhadapmu!
21 # Yer 51:63,64. Yeh 26:21. Kemudian malaikat yang gagah perkasa mengangkat batu yang besarnya seperti batu kisar rupanya lalu melontarkannya ke dalam laut sambil berkata,
“Demikianlah, dengan dahsyatnya,
kota Babel yang agung akan dilenyapkan,
dan tidak akan ditemukan lagi.
22 # Yeh 26:13; Yes 24:8. # Yer 7:34; 25:10. Bunyi orang bermain kecapi, seruling, serunai dan sangkakala
tidak akan kedengaran lagi di dalammu.
Ahli-ahli seni pertukangan tidak akan terdapat lagi di dalammu.
Bunyi batu kisar tidak akan didengar lagi di dalammu.
23Cahaya lampu tidak akan bersinar lagi di dalammu.
Suara pasangan pengantin tidak akan kedengaran lagi di dalammu.
Saudagar-saudagarmu dahulu orang besar-besar di dunia,
kerana dengan kuasa sihirmu semua bangsa telah terperdaya.”
24 # Yer 51:49. Di dalamnya telah didapati darah para nabi dan orang salih, serta semua yang telah dibunuh di bumi ini.
Terpilih Sekarang Ini:
Wahyu 18: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited