Wahyu 17

17
Penghakiman atas Babel
1 # Yer 51:13. Kemudian satu daripada tujuh malaikat yang membawa tujuh mangkuk emas itu datang kepadaku dan berkata, “Mari, kutunjukkan hukuman ke atas pelacur besar yang duduk di atas air yang banyak, 2#Yes 23:17; Yer 51:7.dan yang berzina dengan raja-raja dunia; penghuni bumi mabuk dengan air anggur pencabulannya.”
3 # Why 13:1. Malaikat itu membawaku dalam Roh ke gurun. Aku melihat seorang wanita duduk di atas seekor binatang buas yang berwarna merah dan penuh dengan nama-nama kufur. Binatang itu berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh. 4#Yer 51:7.Perempuan itu berpakaian ungu dan merah, dihiasi emas permata serta mutiara, tangannya memegang cawan emas yang penuh dengan perbuatan cabul dan kecemaran perzinaannya. 5Pada dahinya tertulis suatu nama rahsia:
Babel Yang Agung, Ibu Segala Pelacur Dan Kelucahan Di Bumi.
6Aku melihat perempuan itu, mabuk dengan darah orang salih dan darah saksi Yesus.
Apabila aku melihat perempuan itu, aku hairan tercengang. 7Tetapi malaikat itu berkata kepadaku, “Mengapa kamu hairan tercengang? Aku akan menceritakan rahsia di sebalik perempuan itu dan binatang yang ditunggangnya, yang berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh. 8#Dan 7:7; Why 11:7. Mzm 69:28.Binatang yang kamu lihat itu pernah wujud tetapi tidak wujud lagi dan akan keluar dari jurang yang tidak terduga dalamnya lalu menuju kebinasaan. Penghuni bumi yang tidak tersenarai namanya dalam Kitab Hidup dari permulaan dunia akan tercengang melihat binatang yang pernah wujud dan sekarang tidak wujud lagi tetapi kemudian akan muncul lagi.
9Yang dituntut di sini ialah fikiran yang mempunyai kebijaksanaan. Tujuh kepala itu ialah tujuh gunung tempat perempuan itu tinggal. 10Juga ada tujuh orang raja. Lima orang telah runtuh kerajaan mereka, satu masih bertakhta dan seorang lagi belum muncul. Datangnya nanti hanya untuk seketika. 11Binatang yang pernah wujud dan yang tidak wujud lagi itu ialah raja yang kelapan, dan asalnya daripada yang ketujuh. Ia juga akan menuju kebinasaan.
12 # Dan 7:24. Sepuluh tanduk yang kamu lihat itu bererti sepuluh orang raja yang belum mendapat kerajaan lagi, tetapi mereka menerima kekuasaan sebagai raja bersama dengan binatang itu selama sejam. 13Mereka sepakat dan akan menyerahkan kuasa dan kekuasaan mereka kepada binatang itu. 14Mereka akan memerangi Anak Domba, dan Anak Domba akan menumpaskan mereka, kerana Dialah Tuan segala tuan dan Raja segala raja. Orang yang dipanggil, dipilih serta setia ada bersama Dia.”
15Malaikat itu berkata kepadaku, “Air yang kamu lihat di tempat pelacur itu duduk ialah kaum, orang ramai, bangsa dan bahasa. 16Binatang dan sepuluh tanduknya yang kamu lihat itu akan membenci pelacur itu, dan membuatnya terlantar serta telanjang, lalu memakan dagingnya dan membakarnya dengan api. 17Allah telah menggerakkan hati mereka untuk menunaikan kehendak-Nya, supaya sepakat dan menyerahkan kerajaan mereka kepada binatang itu hingga berlaku segala firman Allah.
18Perempuan yang kamu lihat itu ialah kota agung yang menguasai semua raja di bumi ini.”

Terpilih Sekarang Ini:

Wahyu 17: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk