WAHYU 18:1-20
WAHYU 18:1-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah itu aku melihat satu lagi malaikat turun dari syurga. Dia mempunyai kuasa besar, dan cahaya yang mengelilinginya menerangi seluruh bumi. Dia berseru dengan suara lantang, “Babel sudah jatuh! Babel yang agung sudah jatuh! Sekarang syaitan-syaitan dan roh-roh jahat tinggal di Babel. Segala macam burung yang najis dan dibenci orang tinggal di situ. Semua bangsa sudah minum wainnya, iaitu perbuatannya yang cabul. Raja-raja dunia melakukan perbuatan cabul dengannya, dan saudagar-saudagar di bumi menjadi kaya oleh nafsunya yang tidak terkendali itu.” Kemudian aku mendengar suara lain dari syurga berkata, “Keluarlah, hai umat-Ku! Keluarlah dari Babel! Janganlah berbuat dosa seperti penduduk kota itu; janganlah ikut menanggung hukumannya, kerana dosanya bertimbun-timbun sampai ke langit, dan Allah tidak lupa akan kejahatannya. Perlakukanlah Babel sebagaimana Babel telah memperlakukan kamu; balaslah Babel dua kali ganda bagi semua perbuatannya. Isilah cawannya dengan minuman yang dua kali lebih keras daripada minuman yang disediakannya untuk kamu. Berilah Babel penderitaan dan kesedihan sebanyak kemuliaan dan kemewahan yang diberikannya kepada dirinya sendiri, kerana Babel sentiasa berkata kepada dirinya sendiri, ‘Aku ratu yang memerintah! Aku bukan balu, aku tidak akan mengalami kesedihan!’ Itulah sebabnya dalam sehari semua malapetaka ini akan menimpanya: penyakit, kesedihan, dan kebuluran. Babel akan dihanguskan oleh api, kerana Tuhan Allah yang menghakiminya itu berkuasa.” Raja-raja dunia yang ikut melakukan perbuatan cabul dan lucah dengannya, akan menangisi dan meratapi kota itu apabila mereka melihat asap api yang menghanguskannya. Mereka berdiri dari jauh, kerana mereka takut terkena penderitaannya. Mereka berkata, “Alangkah malangnya kota Babel yang agung dan perkasa itu! Dalam satu jam sahaja Babel telah dihukum!” Para saudagar di bumi menangis dan berkabung kerananya, oleh sebab tidak seorang pun membeli barang dagangan mereka lagi. Tidak seorang pun membeli emas, perak, permata, ataupun mutiara mereka; tidak seorang pun membeli kain linen, kain ungu, kain sutera, dan kain merah tua; tidak seorang pun membeli segala macam kayu yang jarang didapati, pelbagai benda yang dibuat daripada gading, kayu yang mahal, gangsa, besi, dan marmar; tidak seorang pun membeli kayu manis, rempah-rempah, setanggi, mur, dan kemenyan; tidak seorang pun membeli wain dan minyak, tepung dan gandum, lembu dan domba, kuda dan pedati, abdi dan tawanan perang sekalipun. Para saudagar berkata kepadanya, “Segala yang ingin engkau miliki sudah lenyap, dan semua kekayaan serta keindahanmu sudah hilang. Engkau tidak akan mendapati semua itu lagi!” Para saudagar yang menjadi kaya kerana berniaga di kota itu akan berdiri dari jauh, kerana mereka takut terkena penderitaannya. Mereka akan menangis dan berkabung, serta berkata, “Alangkah malangnya kota yang agung itu! Biasanya Babel berpakaian kain linen, kain ungu, dan kain merah tua; biasanya Babel memakai perhiasan emas, permata, dan mutiara! Tetapi dalam satu jam sahaja, Babel telah kehilangan segala kekayaannya!” Semua nakhoda, penumpang, dan anak kapal, serta semua orang yang mempunyai mata pencarian di laut, berdiri dari jauh. Mereka berteriak apabila melihat asap api yang membakar kota itu. Mereka berseru, “Belum pernah ada kota seperti kota yang agung ini!” Mereka menghamburkan abu ke atas kepala sebagai tanda berkabung. Lalu mereka menangis dan berseru, “Alangkah malangnya kota yang agung itu! Di situlah semua orang yang mempunyai kapal-kapal di laut menjadi kaya kerana kekayaan kota itu! Tetapi dalam satu jam sahaja, Babel telah kehilangan segala-galanya!” Bersukacitalah, hai syurga, kerana kemusnahan kota itu! Bersukacitalah, hai umat Allah, rasul-rasul, dan nabi-nabi, kerana Allah telah menghukum Babel bagi apa yang sudah dilakukannya terhadap kamu!

WAHYU 18:1-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA kumdian deripada pŭrkara pŭrkara ini, kulihatlah sa’orang mŭliekat yang lain pula turon deri langit, yang ada mŭmpunyai kwasa bŭsar, maka bumi pun tranglah ulih kamuliaannya. Maka bŭrtŭmpeklah iya dŭngan swara yang kras, katanya, Nŭgri Babel yang bŭsar itu tŭlah runtohlah, runtohlah, iya itu tŭla mŭnjadi tŭmpat kadiaman sagala Shietan, dan sangkaran sagala jin jahat, dan kurongan sagala burong yang haram, dan kabŭnchian adanya. Kŭrna sagala bangsa tŭlah mŭminum ayer anggor morka pŭrzinahannya itu, dan sagala raja raja dibumi tŭlah bŭrbuat zinah dŭngan pŭrampuan itu, dan sagala saudagar dibumi pun tŭlah bŭrulih kŭkayaan deripada kalempahan lazatnya. Maka kudŭngar pula swara yang lain deri langit, katanya, Kluarlah deripada pŭrampuan itu, kaumku, supaya jangan kamu pun tŭrbabit dŭngan dosanya, dan supaya jangan kamu pun tŭrkŭna bala balanya. Kŭrna dosanya itu tŭlah sampie kalangit, maka tŭlah diingat Allah akan sagala kajahatannya. Maka balaslah akan dia spŭrti yang dibalas iya akan dikau, dan gandakanlah akan dia dua kali ganda spŭrti sagala pŭrbuatannya: maka dalam chawan yang tŭlah diisinya itu juga, handaklah kamu pun isikan pŭnoh dua kali ganda bagienya. Brapa banyak iya tŭlah mŭmuliakan dirinya, sŭrta hidop dŭngan lazatnya, maka sŭbagitulah juga banyak sŭngsara dan kasusahan brikan dia: kŭrna sangka hatinya, bahwa kadudokkanku ini spŭrti pŭrmiesuri, bukannya aku janda, dan tiada kŭlak mŭlihat susah. Maka sŭbab itu kŭlak bala balanya datang dalam suatu hari, iya itu maut, dan pŭrkabongan, dan kŭlaparan: dan iya itu kŭlak akan habis dibakar dŭngan api: kŭrna kuatlah kiranya Tuhan Allah itu yang mŭnghukumkan dia. Adapun sagala raja raja dibumi, yang tŭlah bŭrzinah dan hidop bŭrlazat dŭngan dia itu, kŭlak akan hie huikan dia, dan mŭratapkan dia, tŭtkala dilihatnya kŭlak akan asap api yang mŭmbakar akan dia itu, Tŭngah bŭrdiri jauh kŭrna takot akan sŭngsaranya, katanya, Wahi, wahi, nŭgri Babel yang bŭsar itu, nŭgri yang amat kwasa! kŭrna dalam sa’jam lamanya tŭlah datang seksamu. Maka sagala saudagar yang dibumi pun akan mŭnangis dan bŭrkabong deri sŭbabnya; maka sa’orang pun tiadalah mahu mŭmbli dagangannya lagi. Iya itu dagangan deri pada mas, dan perak, dan pŭrmata yang indah indah, dan mutiara, dan khasa halus, dan kain ungu, dan sutra, dan kain merah tua, dan sagala jŭnis kayu kayu yang harum bahunya, dan bŭrbagie bagie chŭmbol gading, dan bŭrbagie bagie chŭmbol kayu yang bagus bagus, dan deripada tŭmbaga, dan deripada bŭsi, dan deripada batu marmar. Dan kayu manis, dan bahu bahuan, dan dupa, dan kŭmnyan, dan ayer anggor, dan minyak, dan tŭpong halus, dan gandom, dan binatang binatang, dan domba domba, dan kuda kuda, dan rata rata, dan hamba hamba orang, dan nyawa manusia. Maka buah buahan yang hatimu tŭlah inginkan bŭrchŭrielah deripadamu, dan sagala pŭrkara lazat dan baik itu tŭlah bŭrchŭrielah deripadamu, maka tiadalah kŭlak angkau mŭndapat akan dia lagi. Maka saudagar saudagar sagala pŭrkara ini, yang tŭlah bŭrulih kŭkayaan deripada pŭrampuan itu, kŭlak akan bŭrdiri deri jauh sahja, sŭbab takotnya akan sŭngsaranya, sŭraya mŭnangis dan bŭrhie hui, Sŭrta bŭrkata, Wahi, wahi! bagie nŭgri yang bŭsar itu, yang tŭlah mŭmakie kain kahsa halus, dan kain ungu, dan merah tua, dan yang tŭrhias dŭngan mas, dan pŭrmata yang indah indah, dan mutiara mutiara. Kŭrna dalam sa’jam juga lamanya kŭkayaan yang sŭbagitu bŭsar tŭlah mŭnjadi tiada. Maka sagala nakhoda kapal, dan sagala orang isi kapal, dan anak anak prahu, dan bŭbrapa orang yang bŭrniaga dalam laut, itupun bŭrdirilah deri jauh. Maka bŭrtriaklah marika itu tŭtkala dilihatnya asap api yang mŭmbakar dia itu, katanya, Nŭgri manakah yang mŭnyamai dŭngan nŭgri bŭsar itu. Maka disiramkan ulih marika itu habu ka’atas kŭpalanya, sambil bŭrtriak, sŭrta mŭnangis dan bŭrhie hui, katanya, Wahi, wahi! bagie nŭgri bŭsar itu, yang dalamnyalah tŭlah mŭnjadikan kaya sagala orang yang mŭmpunyai kapal dilaut itu deri sŭbab mata bŭndanya! kŭrna dalam suatu jam juga iya tŭlah mŭnjadi sunyi sŭnyap. Bŭrsuka sukaanlah deri sŭbabnya, hie shorga, dan rasul rasul yang suchi dan sagala nabi: kŭrna Allah tŭlah mŭnuntut bela akan dia sŭbab angkau.
WAHYU 18:1-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas segala ini, aku melihat satu lagi malaikat turun dari syurga, dengan kekuasaan besar, dan bumi diterangi oleh kemuliaannya. Dia berseru dengan suara yang lantang dan hebat, “Babel yang agung telah runtuh, telah runtuh, dan telah menjadi tempat kediaman roh-roh jahat, penjara bagi setiap roh jahat, sangkar bagi setiap burung yang jijik dan dibenci! Semua bangsa telah minum air anggur hawa nafsunya yang cabul. Raja-raja dunia telah berzina dengannya, dan saudagar-saudagar dunia telah menjadi kaya-raya dari kemewahannya yang melimpah-limpah.” Aku mendengar satu suara lagi dari syurga berkata, “Keluarlah daripadanya, hai kaumku, supaya kamu tidak bersubahat dengan dosanya dan tidak ditimpa wabaknya. Segala dosanya telah bertimbun-timbun sampai ke syurga dan Allah ingat akan kejahatannya. Perlakukan dia sebagaimana dia telah memperlakukanmu, dan balas perbuatannya dua kali ganda. Dalam cawan yang telah dibancuhnya, bancuh dua kali ganda. Sebagaimana dia telah memuliakan dirinya dan hidup mewah, sebanyak itulah diberikan dia kesengsaraan dan kesedihan; kerana dalam hatinya dia berkata, ‘Aku bersemayam sebagai ratu, aku bukan balu, dan tidak akan mengalami kesedihan.’ Oleh itu, pelbagai bencana akan menimpanya dalam satu hari sahaja, kematian dan ratapan serta kebuluran. Dia akan hangus dibakar dengan api, kerana Tuhan Allah yang menghakiminya amat perkasa.” Raja-raja dunia yang telah berbuat cabul dan hidup mewah dengannya akan menangis dan meratapinya apabila mereka melihat asap api yang membakarnya. Sambil berdiri jauh kerana takut akan kesengsaraannya, mereka berkata, “Aduhai, sengsaranya, kota Babel yang agung! Dalam sejam sahaja hukuman telah menimpamu.” Saudagar-saudagar dunia akan menangis dan meratapinya, kerana tiada siapa membeli dagangan mereka lagi — dagangan emas, perak, permata dan mutiara, kain linen halus, kain ungu, kain sutera dan kain kesumba, setiap jenis kayu yang harum baunya, segala bekas daripada gading, kayu indah, tembaga, besi dan batu marmar, juga kayu manis, rempah-ratus, setanggi, minyak wangi, dupa, air anggur, minyak zaitun, tepung halus, gandum, dan lembu, domba, kuda, pedati, abdi, serta nyawa manusia. Mereka akan berkata, “Buah-buahan yang diidami oleh hati jiwamu telah lenyap dari matamu, dan segala benda yang mewah serta hebat telah terlepas dari tanganmu, dan kamu tidak akan mendapatkannya lagi.” Saudagar-saudagar yang menjual segala dagangan itu, yang telah menjadi kaya-raya kerananya, akan berdiri jauh kerana takut akan kesengsaraannya, sambil menangis dan meratap. Mereka akan berkata, “Aduhai, sengsaranya, kota yang agung itu, yang memakai kain linen halus, kain ungu dan kain kesumba, serta dihiasi emas permata dan mutiara! Dalam sejam sahaja segala kemewahan itu lenyap sama sekali.” Setiap nakhoda, pelayar, kelasi dan saudagar di laut, berdiri jauh. Mereka menangis melihat asap api yang membakarnya, sambil berkata, “Kota manakah yang setanding dengan kota agung ini?” Mereka meletakkan debu ke atas kepala mereka sambil berseru dengan ratap tangisnya, “Aduhai, sengsaranya, kota yang agung itu, yang kekayaannya telah memperkaya setiap penduduknya yang memiliki kapal di laut! Dalam sejam sahaja ia telah kehilangan segala-galanya.” Bergembiralah melihat keadaannya, wahai syurga dan sekalian orang salih, para rasul serta nabi yang suci, kerana Allah telah menghukumnya kerana perbuatannya terhadapmu!