MAZMUR 81:1-16

MAZMUR 81:1-16 Alkitab Berita Baik (BM)

Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Gitit. Mazmur Asaf. Bersoraklah dengan gembira kepada Allah, pembela kita; nyanyikanlah pujian kepada Allah Yakub. Mulakanlah muzik dan mainkanlah tamburin; mainkanlah lagu yang merdu dengan kecapi dan gambus. Tiuplah trompet untuk perayaan kita pada waktu bulan baru dan bulan purnama. Inilah satu hukum untuk Israel, satu perintah daripada Allah Yakub. Dia memberikan hukum ini kepada umat Israel, ketika Dia menyerang negeri Mesir. Aku mendengar suara yang tidak aku kenal, berkata, “Aku telah mengangkat beban dari bahu kamu; dan membebaskan kamu daripada kerja paksa. Ketika kamu dalam kesusahan, kamu berseru kepada-Ku, dan Aku pun menyelamatkan kamu. Dari tempat persembunyian-Ku di dalam awan petir, Aku mengabulkan permintaan kamu; di mata air Meriba Aku menguji kamu. Hai umat-Ku dengarlah amaran-Ku; Hai Israel, Aku sangat ingin kamu mendengar firman-Ku! Jangan sembah tuhan lain. Akulah TUHAN, Allah kamu, yang membawa kamu keluar dari Mesir. Bukalah mulut dan Aku akan memberi kamu makan. Tetapi umat-Ku tidak mahu mendengar firman-Ku; Israel tidak mahu taat kepada-Ku. Oleh itu Aku membiarkan mereka mengikut kedegilan mereka, dan berbuat sesuka hati mereka. Sekiranya umat-Ku mendengar firman-Ku, sekiranya mereka taat kepada-Ku, Aku akan mengalahkan musuh mereka dengan segera, dan menaklukkan semua lawan mereka. Orang yang membenci Aku meromok ketakutan di hadapan-Ku; mereka akan dihukum selama-lamanya.

MAZMUR 81:1-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Menyanyilah dengan lantang untuk Allah kekuatan kita; bersoraklah dengan girang kepada Allah Yakub! Nyanyikanlah lagu sambil memukul tamborin, bermain kecapi merdu serta gambus. Tiuplah nafiri ketika Bulan Baru, dan semasa bulan purnama, pada hari perayaan kita yang luhur; kerana ini adalah ketetapan bagi umat Israel, hukum Allah Yakub. Dia menjadikannya sebagai suatu peraturan bagi Yusuf apabila Dia menjelajah seluruh tanah Mesir, di situ aku mendengar bahasa yang tidak kufahami. Dia berkata, “Aku melepaskan bahunya daripada beban; tangan mereka dibebaskan daripada bakul. Kamu menyeru-Ku ketika dalam kesusahan dan Aku melepaskan kamu, Aku menjawabmu di tempat rahsia guruh; Aku mengujimu di perairan Meriba. Sela Dengarlah, wahai umat-Ku, Aku akan menegurmu — wahai Israel, kalaulah kamu mahu mendengar kata-Ku! Tidak boleh ada tuhan asing dalam kalanganmu; dan kamu tidak boleh menyembah tuhan asing. Akulah TUHAN, Allahmu, yang telah membawamu keluar dari Tanah Mesir. Bukalah mulutmu luas-luas, Aku akan memenuhinya.” “Tetapi umat-Ku enggan mendengar suara-Ku; dan Israel sama sekali tidak mahu menerima-Ku. Oleh itu, Aku biarkan mereka mengikut hati mereka yang degil hidup menurut fikiran mereka sendiri.” “Kalaulah umat-Ku mahu mendengar-Ku, dan Israel mahu hidup menurut jalan-Ku, tentu Aku segera menundukkan musuh mereka dan memalingkan tangan-Ku menentang musuh mereka! Pembenci TUHAN pura-pura tunduk kepada-Nya, dan hukuman ke atas mereka kekal selama-lamanya. Tentu diberi-Nya mereka makan gandum terbaik; dan dengan madu dari batu pejal tentu Kukenyangkan kamu.”