Mazmur 81

81
Untuk pemimpin muzik.
Menurut lagu: Gitit. Dari Mazmur Asaf.
1Menyanyilah dengan lantang untuk Allah kekuatan kita;
bersoraklah dengan girang kepada Allah Yakub!
2Nyanyikanlah lagu sambil memukul tamborin,
bermain kecapi merdu serta gambus.
3 # Bil 10:10. Tiuplah nafiri ketika Bulan Baru,
dan semasa bulan purnama, pada hari perayaan kita yang luhur;
4kerana ini adalah ketetapan bagi umat Israel, hukum Allah Yakub.
5Dia menjadikannya sebagai suatu peraturan bagi Yusuf
apabila Dia menjelajah seluruh tanah Mesir, di situ aku mendengar bahasa yang tidak kufahami.
6Dia berkata, “Aku melepaskan bahunya daripada beban;
tangan mereka dibebaskan daripada bakul.
7 # Kel 17:7; Bil 20:13. Kamu menyeru-Ku ketika dalam kesusahan dan Aku melepaskan kamu,
Aku menjawabmu di tempat rahsia guruh; Aku mengujimu di perairan Meriba. Sela
8Dengarlah, wahai umat-Ku, Aku akan menegurmu —
wahai Israel, kalaulah kamu mahu mendengar kata-Ku!
9 # Kel 20:2,3; Ul 5:6,7. Tidak boleh ada tuhan asing dalam kalanganmu;
dan kamu tidak boleh menyembah tuhan asing.
10Akulah TUHAN, Allahmu,
yang telah membawamu keluar dari Tanah Mesir.
Bukalah mulutmu luas-luas,
Aku akan memenuhinya.”
11“Tetapi umat-Ku enggan mendengar suara-Ku;
dan Israel sama sekali tidak mahu menerima-Ku.
12Oleh itu, Aku biarkan mereka mengikut hati mereka yang degil
hidup menurut fikiran mereka sendiri.”
13“Kalaulah umat-Ku mahu mendengar-Ku,
dan Israel mahu hidup menurut jalan-Ku,
14tentu Aku segera menundukkan musuh mereka
dan memalingkan tangan-Ku menentang musuh mereka!
15Pembenci TUHAN pura-pura tunduk kepada-Nya,
dan hukuman ke atas mereka kekal selama-lamanya.
16Tentu diberi-Nya mereka makan gandum terbaik;
dan dengan madu dari batu pejal tentu Kukenyangkan kamu.”

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 81: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami