MAZMUR 125:1-5
MAZMUR 125:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Lagu ziarah. Orang yang percaya kepada TUHAN adalah seperti Bukit Sion, yang kukuh tidak bergoyang dan bertahan selama-lamanya. Seperti gunung-gunung melindungi Yerusalem, demikianlah TUHAN melindungi umat-Nya, sekarang hingga selama-lamanya. Orang jahat tidak akan terus memerintah negeri umat Allah, supaya orang yang setia kepada Allah tidak ikut berbuat jahat. Ya TUHAN, berbuat baiklah kepada orang baik, kepada orang yang mematuhi peraturan-Mu. Tetapi apabila Engkau menghukum orang jahat, hukumlah juga orang yang tidak percaya kepada-Mu.
MAZMUR 125:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Mereka yang menyandarkan kepercayaan kepada TUHAN seperti Bukit Sion, yang tidak dapat diganjak dan tetap selama-lamanya. Sebagaimana gunung-ganang mengelilingi Yerusalem, begitulah TUHAN mengelilingi umat-Nya dari sekarang untuk selama-lamanya. Kerana kezaliman tidak akan bertakhta di tanah yang diperuntukkan bagi orang yang benar, supaya orang yang benar tidak tergoda melakukan dosa. Buatlah kebaikan, ya TUHAN, kepada mereka yang baik, dan kepada mereka yang tulus. Bagi mereka yang berpaling kepada cara yang penuh tipu daya TUHAN akan membawa mereka pergi bersama orang yang melakukan dosa. Sejahteralah Israel.