Mereka yang menyandarkan kepercayaan kepada TUHAN seperti Bukit Sion, yang tidak dapat diganjak dan tetap selama-lamanya. Sebagaimana gunung-ganang mengelilingi Yerusalem, begitulah TUHAN mengelilingi umat-Nya dari sekarang untuk selama-lamanya. Kerana kezaliman tidak akan bertakhta di tanah yang diperuntukkan bagi orang yang benar, supaya orang yang benar tidak tergoda melakukan dosa. Buatlah kebaikan, ya TUHAN, kepada mereka yang baik, dan kepada mereka yang tulus. Bagi mereka yang berpaling kepada cara yang penuh tipu daya TUHAN akan membawa mereka pergi bersama orang yang melakukan dosa. Sejahteralah Israel.
Baca Mazmur 125
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 125:1-5
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video