Mazmur 125

125
Nyanyian ziarah.
1Mereka yang menyandarkan kepercayaan kepada TUHAN seperti Bukit Sion,
yang tidak dapat diganjak dan tetap selama-lamanya.
2Sebagaimana gunung-ganang mengelilingi Yerusalem,
begitulah TUHAN mengelilingi umat-Nya dari sekarang untuk selama-lamanya.
3Kerana kezaliman tidak akan bertakhta di tanah yang diperuntukkan bagi orang yang benar,
supaya orang yang benar tidak tergoda melakukan dosa.
4Buatlah kebaikan, ya TUHAN, kepada mereka yang baik,
dan kepada mereka yang tulus.
5Bagi mereka yang berpaling kepada cara yang penuh tipu daya
TUHAN akan membawa mereka pergi bersama orang yang melakukan dosa.
Sejahteralah Israel.

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 125: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk