FILEMON 1:4-6
FILEMON 1:4-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudaraku Filemon, setiap kali aku berdoa, aku menyebut namamu dan bersyukur kepada Allahku. Aku berbuat demikian kerana aku diberitahukan bahawa kamu mengasihi semua umat Allah, dan sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan Yesus. Aku berdoa semoga persaudaraan kita sebagai orang yang percaya kepada Kristus, akan mendatangkan pengertian yang lebih mendalam tentang setiap berkat yang kita miliki kerana hidup bersatu dengan Kristus.
FILEMON 1:4-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahwa aku mŭmbri shukor kapada Allahku, sŭrta kusŭbut sŭbutkan kamu slalu dalam sagala doaku. Sŭbab aku tŭlah mŭnŭngar kasihmu dan imanmu, yang kamu mŭnaroh akan Tuhan Isa, dan kapada sagala orang salih. Supaya kluasaan imanmu itu kŭlak mŭnjadi pun guna, ulih diakui orang, tiap tiap pŭrkara yang baik baik ada dalammu bagie Isa Almasih.
FILEMON 1:4-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudaraku Filemon, aku sentiasa bersyukur kepada Allahku dan menyebut namamu dalam doaku, kerana aku mendengar tentang imanmu kepada Tuhan Yesus, dan kasihmu terhadap semua orang salih. Aku berdoa semoga persaudaraan kita sebagai orang yang beriman kepada Kristus akan membawa pengertian yang lebih mendalam tentang segala yang baik yang kita miliki dalam Kristus.