FILEMON 1:19-21
FILEMON 1:19-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Lihatlah, kata-kata berikut aku tulis sendiri: Aku, Paulus akan melunasi semuanya. (Aku tidak perlu mengingatkan kamu bahawa kamu berhutang kepadaku kehidupanmu sebagai orang Kristian.) Oleh itu, demi Tuhan tolonglah aku dan gembirakanlah hatiku sebagai sesama saudara yang percaya kepada Kristus. Semasa menulis surat ini, aku yakin bahawa kamu akan mengabulkan permintaanku. Sebenarnya aku tahu bahawa kamu akan melakukan hal yang lebih daripada permintaanku.
FILEMON 1:19-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahwa aku ini Paulus tŭlah mŭnulis itu dŭngan tanganku sŭndiri, maka aku akan mŭmbayar itu: sungguh pun aku tiada mŭngatakan padamu bŭtapa angkau ada bŭrhutang padaku, iya itupun dirimu sŭndiri. Bahkan saudara, biarlah aku ini bŭrulih kasukaan deripadamu bagie Tuhan: sŭgarkanlah hatiku bagie Tuhan. Sŭbab pŭrchayalah aku angkau kŭlak mŭnurot, aku kirimkan surat ini padamu, kŭrna aku tŭlah kŭtahuilah angkau akan bŭrbuat tŭrlebih pula deripada pŭrkataanku.
FILEMON 1:19-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lihatlah, kata-kata yang berikut kuterakan dengan tulisanku sendiri: Aku, Paulus, akan menyelesaikan segala-galanya — Aku tidak perlu mengingatkan kamu bahawa kamu berhutang kepadaku dirimu sendiri. Saudaraku, semoga aku mendapat pertolonganmu dalam Tuhan. Segarkanlah hatiku dalam Kristus. Ketika menulis surat ini, aku yakin bahawa kamu akan menunaikan permintaanku. Malah sebenarnya aku tahu bahawa lebih daripada yang kuminta itu pun akan kamu lakukan.