FILEMON 1:13-14
FILEMON 1:13-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Sebenarnya aku ingin dia tetap di sini bersama-sama aku untuk membantu aku bagi pihakmu, selama aku dipenjarakan kerana mengisytiharkan Berita Baik. Tetapi aku tidak mahu memaksa kamu menolong aku. Aku lebih suka jika kamu melakukannya dengan rela hati. Oleh itu aku tidak mahu melakukan apa-apa kecuali kamu bersetuju.
FILEMON 1:13-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Yang handak kumŭnahankan sŭrtaku, supaya iya akan bŭrkhodmat kapadaku gantimu, didalam blungguku deri kŭrna Injil. Akan tŭtapi dŭngan tiada kŭtahuimu, tiadalah aku mahu bŭrbuat barang suatu, supaya kŭbajikanmu itu jangan jadi dŭngan paksa, mŭlainkan dŭngan kŭrelaan.
FILEMON 1:13-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebenarnya aku mahu dia tetap bersamaku di sini untuk membantuku bagi pihakmu sepanjang tempoh aku dipenjarakan kerana menyebarkan Injil. Namun demikian, aku tidak mahu memaksa kamu membantuku. Biarlah bantuan itu kamu hulurkan dengan rela hati. Oleh itu, aku tidak mahu berbuat apa-apa tanpa persetujuanmu.