FILEMON 1:1-4
FILEMON 1:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Surat ini daripada Paulus, yang dipenjarakan kerana mengabdikan diri kepada Kristus Yesus, dan daripada saudara kita Timotius. Surat ini ditujukan kepada Filemon, sahabat dan rakan kami, dan kepada jemaah yang berkumpul di rumahmu, serta kepada saudara kita Apfia, dan rakan seperjuangan kita Arkhipus. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan. Saudaraku Filemon, setiap kali aku berdoa, aku menyebut namamu dan bersyukur kepada Allahku.
FILEMON 1:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BAHWA Paulus sa’orang yang tŭrblunggu kŭrna Isa Almasih, sŭrta Timothius saudara kami, iya itu datang kapada Philemon kŭkasih kami, yang sama pŭkŭrjaan dŭngan kami, Dan kapada Aphia kŭkasih kami, dan kapada Arkipus yang sama sa’kawan sŭldadu, dan kapada sidang jŭmaah yang dalam rumahnya. Maka biarlah kiranya anugrah padamu, dan sŭjahtra deripada Allah, iya itu Ayah kami, dan Tuhan Isa Almasih. Bahwa aku mŭmbri shukor kapada Allahku, sŭrta kusŭbut sŭbutkan kamu slalu dalam sagala doaku.
FILEMON 1:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Daripada Paulus yang dipenjarakan kerana Kristus Yesus, dan daripada saudara kita Timotius, Kepada Filemon, sahabat kami dan teman sekerja yang dikasihi, kepada saudari kita Apfia, dan kepada rakan seperjuangan kita Arkhipus, serta kepada jemaah yang berhimpun di rumahmu: Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus menganugerahimu kasih kurnia dan damai sejahtera. Saudaraku Filemon, aku sentiasa bersyukur kepada Allahku dan menyebut namamu dalam doaku