MATIUS 13:24-47

MATIUS 13:24-47 Alkitab Berita Baik (BM)

Yesus menceritakan sebuah perumpamaan lain kepada mereka. “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti seorang yang menabur benih yang baik di ladangnya. Pada suatu malam, ketika semua orang sedang tidur, musuhnya datang lalu menanam lalang di antara gandum itu, kemudian dia pergi. Apabila tanaman itu membesar dan bulir gandum muncul, lalang-lalang itu kelihatan. Hamba peladang itu datang kepadanya dan berkata, ‘Tuan menanam benih yang baik di ladang. Dari manakah datangnya lalang-lalang ini?’ Peladang itu menjawab, ‘Seorang musuh sudah melakukan perkara ini.’ Hambanya bertanya, ‘Adakah tuan mahu kami mencabut lalang-lalang itu?’ ‘Tidak,’ jawabnya, ‘kerana pada masa kamu mencabut lalang, mungkin gandum ikut tercabut. Biarkanlah lalang tumbuh bersama-sama gandum sehingga tiba masa menuai gandum. Lalu aku akan berkata kepada para penuai supaya mencabut lalang dahulu, lalu mengikatnya dan kemudian membakarnya. Selepas itu baru kumpulkan gandum, lalu simpanlah gandum di dalam jelapang.’ ” Yesus menceritakan sebuah perumpamaan lain kepada mereka, “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti sebutir biji sawi yang diambil oleh seseorang, lalu ditanam di ladang. Biji sawi adalah benih yang terkecil, tetapi apabila tumbuh, menjadi lebih besar daripada segala tanaman. Tanaman itu menjadi pokok, sehingga burung datang membuat sarang pada cabangnya.” Yesus menceritakan sebuah perumpamaan lain. “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti ini. Seorang wanita mengambil sedikit ragi, lalu mencampurnya dengan empat puluh liter tepung sehingga adunan itu naik.” Demikianlah Yesus mengajar orang ramai perkara-perkara ini dengan menggunakan perumpamaan. Dia tidak berkata apa-apa tanpa menggunakan perumpamaan. Yesus berbuat demikian supaya berlakulah apa yang dikatakan oleh nabi, “Aku akan menggunakan perumpamaan apabila bertutur dengan mereka; Aku akan memberitahu mereka perkara-perkara yang tersembunyi sejak dunia diciptakan.” Setelah itu Yesus meninggalkan orang ramai lalu masuk ke dalam rumah. Pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya dan berkata, “Beritahulah kami makna perumpamaan tentang lalang di antara gandum itu.” Yesus berkata, “Orang yang menabur benih yang baik itu Anak Manusia. Ladang itu dunia ini; benih yang baik itu orang yang menjadi umat Allah, sedangkan lalang itu orang yang berpihak kepada Si Jahat. Musuh yang menabur benih lalang itu Iblis. Masa menuai tuaian itu Hari Kiamat dan para penuai itu malaikat-malaikat. Sebagaimana lalang dikumpulkan dan dibakar di dalam api, demikian juga halnya pada Hari Kiamat kelak. Anak Manusia akan menyuruh malaikat-malaikat-Nya mengumpulkan semua orang antara umat-Nya yang menyebabkan orang berdosa, dan semua orang lain yang melakukan kejahatan. Mereka semua akan dibuang ke dalam tempat pembakaran yang berapi. Di situ mereka akan menangis dan menderita. Kemudian orang yang melakukan kehendak Allah akan bersinar seperti matahari di Dunia Baru Allah, Bapa mereka. Jika kamu bertelinga, dengarlah!” “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti ini. Seseorang menjumpai harta yang terpendam di tanah, lalu dia memendamnya semula. Kemudian dengan penuh sukacita dia pergi menjual segala miliknya, lalu kembali dan membeli tanah itu.” “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti ini. Seorang saudagar mencari mutiara yang sangat berharga. Apabila dia menemui sebutir mutiara yang sangat berharga, dia menjual segala miliknya, lalu membeli mutiara itu.” “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti pukat yang dilabuhkan ke dalam tasik lalu mendapat bermacam-macam ikan.

MATIUS 13:24-47 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

¶ Suatu pŭrumpamaan yang lain pula diadakannya pada marika itu, katanya, Adapun krajaan shorga itu diumpamakan dŭngan sa’orang yang mŭnabor bŭnih yang baik diladangnya; Maka tŭngah orang tidor, datanglah sŭtrunya mŭnabor pula bŭnih lalang dalam gandom itu lalu pŭrgi. Tŭtapi apabila bŭrdaun dan bŭrbuah gadom itu, maka klihatanlah ada pula lalang itu. Maka datanglah hamba hamba orang yang ampunya ladang itu mŭngatakan padanya, Tuan, bahwa bukankah angkau tŭlah mŭnabori bŭnih yang baik dalam ladangmu itu, maka deri mana pula datangnya lalang itu? Maka jawabnya pada marika itu, Iya itulah pŭrbuatan sŭtru adanya. Maka kata hamba hambanya itu padanya, Mahukah angkau supaya kami pŭrgi mŭnchabutkan dia itu? Maka jawabnya Jangan; kalau kalau apabila kamu mŭnchabut lalang itu kŭlak, jangan pula tŭrchabut gandom itu pun bŭrsama sama. Biarkanlah kaduanya itu bŭrtumboh sama sama sampie musim mŭnuwie, maka pada musim mŭnuwie itu kŭlak, nanti kusurohkan orang yang mŭnuwie itu mŭnchabutkan lalang itu, dan kusuroh ikatkan bŭbŭrkas bŭrkas akan dibakarkan, tŭtapi gandom itu dikampongkan masok kadalam langguanku. ¶ Dan lagi pula suatu pŭrumpamaan yang lain diadakannya bagie marika itu, katanya, Adapun krajaan shorga itu saumpama dŭngan sa’biji sŭsawi adanya, yang diambil ulih orang, maka ditanamkannya akan dia dalam ladangnya. Maka sungguh pun iya itu tŭrkŭchil diantara sagala bŭnih adanya, tŭtapi apabila bŭrtumboh kŭlak, jadilah tŭrlebih bŭsar deripada sagala sayur sayuran, sampie mŭnjadi suatu pohon, sahingga datanglah burong burong deri udara pun bŭrsarang diatas pŭlpanya. ¶ Dan lagi pula suatu pŭrumpamaan yang lain diadakannya bagie marika itu, katanya, Adapun krajaan shorga itu diumpamakan dŭngan ragi, yang diambil ulih sa’orang pŭrampuan, lalu dibubohkannya kadalam tiga bahgian tŭpong, sahingga sŭmuanya jadi khamirlah. Bŭrmula adapun sagala pŭrkara ini dikatakan ulih Isa kapada orang banyak itu dŭngan pŭrumpamaan, maka lain deri pada pŭrumpamaan tiadalah iya bŭrkata kata pada marika itu. Supaya gŭnaplah barang yang dikatakan ulih nabi, katanya, Aku akan mŭmbuka mulotku dŭngan mŭngatakan pŭrumpamaan; bahwa aku akan bŭrkata pŭrkara yang tŭrsŭmbunyi deripada pŭrmulaan dunia. Maka tŭtkala itu disurohkan ulih Isa sagala pŭrhimpunan orang itu pulang, lalu masoklah iya karumah, maka datanglah murid muridnya kapadanya, katanya, Artikanlah pada kami pŭrumpamaan lalang yang diladang itu. Maka jawabnya pada marika itu, Adapun orang yang mŭnabor bŭnih yang baik itu, iya itulah anak manusia: Ladang itulah dunia ini; dan bŭnih yang baik itu, iya itu anak anak krajaan itu; tŭtapi lalang itu, iya itu anak anak sikapala jahat itu: Adapun sŭtru yang mŭnabor itu, iya itulah Iblis; dan musim mŭnuwie, iya itu kasudahan alam ini; dan orang orang yang mŭnuwie itu, iya itu sagala mŭliekat. Sŭbab itu spŭrti lalang itu dipungot, sŭrta dibakar kadalam api, maka dŭmkianlah kŭlak akan jadi pada kasudahan dunia ini. Bahwa anak manusia itu akan mŭnyurohkan sagala mŭliekatnya, maka marika itulah akan mŭmungot deripada krajaannya sagala yang mŭnyŭsatkan, dan sagala yang bŭrbuat kajahatan: Dan mŭmbuangkan dia kadalam kanhor api, maka disanalah ada aduh aduhan, dan gŭrtak gigi. Maka tŭtkala itu sagala orang yang bŭnar pun akan bŭrcahya chayalah spŭrti chaya matahari, dalam krajaan ayahnya; maka barang siapa yang ada bŭrtlinga, handaklah iya mŭnŭngar. ¶ Dan lagi krajaan shorga itu diumpamakan dŭngan suatu mata bŭnda yang tŭrsŭmbunyi dalam tanah, maka apabila didapati ulih sa’orang akan dia, lalu disŭmbunyikannya dia itu, maka deri sŭbab kasukaannya itu, pŭrgilah iya mŭnjualkan barang suatu yang ada kapadanya, lalu dibŭlikannya tanah itu. ¶ Dan lagi krajaan shorga itu saumpama dŭngan sa’orang saudagar yang mŭnchari mutiara yang indah indah: Maka apabila didapatinya sa’buah mutiara yang bŭsar harganya, maka pŭrgilah iya mŭnjualkan barang apa yang ada kapadanya, lalu dibŭlikannya dia. ¶ Dan lagi pula krajaan shorga itu saumpama dŭngan sa’rawan pukat yang dibuang orang dalam laut mŭnghimpunkan jŭnis jŭnis

MATIUS 13:24-47 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Yesus menceritakan satu ibarat lagi: “Kerajaan syurga ibarat orang menabur benih yang baik di ladangnya. Pada waktu malam apabila semua orang sedang tidur, musuhnya datang menanam lalang di antara gandum itu. Setelah gandum itu membesar, lalang pun tumbuh juga. Hamba peladang berkata, ‘Tuan menabur benih yang baik, dari mana pula datangnya lalang itu?’ Jawab peladang itu, ‘Ini perbuatan musuh.’ Hamba itu bertanya, ‘Adakah tuan hendak kami mencabut lalang itu?’ ‘Tidak,’ jawab peladang itu, ‘takut tercabut gandum juga sewaktu kamu mencabut lalang itu. Biarkanlah lalang tumbuh di antara gandum hingga sampai musim menuai. Ketika itu aku akan menyuruh orang yang menuai nanti mencabut lalang dahulu, mengikat dan membakarnya. Selepas itu, barulah gandum dituai dan disimpan di dalam jelapang.’ ” Seterusnya Yesus mengisahkan ibarat demikian: “Kerajaan syurga seperti sebutir biji sesawi yang dibawa oleh seseorang untuk ditabur di ladangnya. Biji sesawi itu paling kecil antara semua benih, tetapi apabila tumbuh, menjadi tumbuhan yang lebih besar daripada semua tumbuhan lain sehingga menjadi sebatang pokok tempat burung di udara membuat sarang pada cabangnya.” Kemudian Yesus menceritakan suatu ibarat lagi, “Kerajaan syurga seumpama ragi yang diambil seorang wanita dan dicampurkan dengan tiga sukat tepung sehingga adunan itu naik.” Demikianlah Yesus mengajar orang ramai melalui ibarat. Tidak ada satu ajaran yang disampaikan-Nya kepada mereka tanpa ibarat. Maka terjadilah apa yang dikatakan oleh nabi: “Aku akan membuka mulut melalui ibarat; Aku akan menuturkan hal-hal yang dirahsiakan sejak dunia dicipta.” Selepas itu, Yesus meninggalkan orang ramai lalu masuk ke rumah. Murid-murid-Nya datang kepada-Nya lalu berkata, “Terangkanlah kepada kami maksud ibarat lalang di antara gandum itu.” Yesus berkata, “Orang yang menabur benih baik itu Anak Manusia. Ladang itu dunia. Benih yang baik itu anak-anak kerajaan dan lalang itu anak-anak si durjana. Musuh yang menanam lalang itu Iblis. Masa menuai ialah hari akhir dan para penuai itu malaikat. Sebagaimana lalang dikumpulkan dan dibakar, demikianlah halnya akan terjadi pada hari akhir. Anak Manusia akan memerintahkan malaikat-Nya mengumpulkan semua dalam kalangan umat-Nya yang melakukan kejahatan dalam kerajaan-Nya dan yang menyebabkan orang berdosa. Mereka akan dihumbankan ke dalam relau yang berapi-api, tempat ratapan dan kertakan gigi. Orang yang benar akan bersinar laksana matahari dalam kerajaan Allah, Bapa mereka. Sesiapa yang bertelinga, dengarlah!” “Kerajaan syurga ibarat harta yang tersembunyi di dalam sebidang tanah. Seseorang telah menjumpainya lalu menyembunyikannya semula. Setelah itu, dengan penuh sukacita dia menjual segala yang dimilikinya lalu membeli tanah itu.” “Kerajaan syurga juga umpama seorang saudagar yang mencari mutiara yang paling tinggi nilainya. Apabila dia menjumpai mutiara yang paling bernilai, dia pun menjual semua yang dimilikinya lalu membeli mutiara itu.” “Kerajaan syurga juga seperti pukat yang dilabuhkan ke dalam laut lalu mendapat aneka jenis ikan.