LUKAS 7:39-50

LUKAS 7:39-50 Alkitab Berita Baik (BM)

Apabila orang Farisi yang menjemput Yesus melihat kejadian ini, dia berkata dalam hati, “Jika dia ini benar-benar seorang nabi, tentu dia tahu bahawa wanita yang menyentuhnya itu hidup dalam dosa!” Yesus berkata kepadanya, “Simon, ada yang hendak Aku katakan kepadamu.” Simon menjawab, “Katakanlah guru.” Yesus berkata, “Ada dua orang lelaki berhutang kepada seorang peminjam wang. Yang seorang berhutang lima ratus keping wang perak dan yang seorang lagi lima puluh keping wang perak. Kedua-duanya tidak dapat membayar hutang. Oleh itu orang yang meminjamkan wang menghapuskan hutang mereka. Yang manakah akan lebih mengasihi dia?” Simon menjawab, “Pada pendapat saya orang yang berhutang lebih banyak!” “Pendapatmu benar,” jawab Yesus. Lalu Yesus berpaling kepada wanita itu dan berkata kepada Simon, “Kamu nampak perempuan ini? Aku datang ke rumahmu dan kamu tidak menyediakan air untuk membersihkan kaki-Ku. Tetapi wanita ini membasuh kaki-Ku dengan air matanya, dan mengeringkannya dengan rambutnya. Kamu tidak menyambut Aku dengan ciuman, tetapi wanita ini tidak henti-henti mencium kaki-Ku sejak Aku tiba. Kamu tidak menyediakan minyak untuk kepala-Ku, tetapi wanita ini telah menuang minyak wangi pada kaki-Ku. Sesungguhnya, kasihnya yang besar itu menunjukkan bahawa dosanya yang banyak sudah diampunkan! Jika seseorang menunjukkan kasih yang sedikit, hal itu bererti dia menerima pengampunan yang sedikit juga.” Lalu Yesus berkata kepada wanita itu, “Dosamu sudah diampunkan.” Mereka yang makan bersama-sama Yesus mula bertanya sesama sendiri, “Siapakah dia ini sehingga dapat mengampunkan dosa?” Tetapi Yesus berkata kepada wanita itu, “Oleh sebab kamu percaya kepada-Ku, kamu diselamatkan. Pergilah dengan sejahtera!”

LUKAS 7:39-50 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Adapun apabila dilihat ulih orang Farisia yang mŭnjamu akan dia itu, maka iya bŭrkata dalam dirinya, katanya, Orang ini jikalau iya sa’orang nabi, patutlah dikŭtahuinya, siapakah, dan apakah macham pŭrampuan ini yang mŭnjamah akan dia, kŭrna pŭrampuan itu sa’orang bŭrdosa. Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapadanya, Simon, adalah kapadaku barang pŭrkara yang handak kukatakan kapadamu. Maka katanya, Tuan, katalah. Maka adalah sa’orang anu mŭmbri hutang kapada orang hutang hutangannya, maka sa’orang bŭrhutang lima ratus dinar, dan sa’orang lima puloh. Maka apabila suatu pun tiada pŭmbayarnya, maka dimaafkannyalah kapada kadua marika itu dŭngan kŭmurahannya; maka sŭbab itu katakanlah kapadaku, yang manakah deri pada marika itu nanti mŭngasihi lebih akan dia? Maka jawab Simon sŭrta katanya, Pada fikiranku orang yang lebih diampuninya. Maka kata Isa kapadanya, Sangkamu itu bŭnarlah. Maka bŭrpalinglah iya kapada pŭrampuan itu, lalu bŭrkata kapada Simon, Lihatlah ulihmu akan pŭrampuan ini, aku masok kŭdalam rumahmu, tiadalah angkau mŭmbri ayer pŭmbasoh kakiku, tŭtapi iya tŭlah mŭmbasoh kakiku dŭngan ayer mata, dan disapunya dŭngan rambut kŭpalanya. Angkau tiadalah mŭnchium akan daku, tŭtapi pŭrampuan ini sŭmŭnjak aku datang tiadalah bŭrhŭnti iya deripada mŭnchium kakiku. Kŭpalaku tiada angkau mŭminyaki, tŭtapi pŭrampuan ini sudah mŭminyaki kakiku dŭngan minyak bahu bahuan. Sŭbab itu aku bŭrkata kapadamu, dosanya yang banyak itu tŭlah diampuni, kŭrna pŭrampuan itu mŭngasihi banyak; tŭtapi kapada siapa sŭdikit diampuni, iyalah mŭngasihi sŭdikit. Maka kata Isa kapada pŭrampuan itu, Dosamu tŭlah diampuni. Adapun orang orang yang ada bŭrsama sama dŭngan dia dudok makan itu pun mŭmulailah bŭrkata kata dalam dirinya, Siapakah ini, dosa pun bulih diampuninya? Maka kata Isa kapada pŭrampuan itu, Imanmu tŭlah mŭnulong dikau, pulanglah angkau dŭngan sŭjahtranya.

LUKAS 7:39-50 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Apabila melihat perkara ini, orang Farisi yang menjemput Yesus berkata-kata dalam hatinya, “Jika orang ini seorang nabi, tentulah Dia mengetahui perempuan yang menyentuh-Nya seorang yang hidup berdosa.” Yesus menjawabnya, “Simon, ada sesuatu yang hendak Aku katakan kepadamu.” Simon berkata, “Ya Guru, katakanlah.” “Ada dua orang berhutang kepada seorang pemiutang wang. Seorang berhutang lima ratus keping wang dinar dan seorang lagi lima puluh. Oleh sebab mereka tidak dapat membayar hutang itu, dia pun menghapuskan hutang kedua-dua penghutang wang itu. Antara mereka, yang manakah akan lebih mengasihinya?” Simon menjawab, “Aku rasa orang yang dihapuskan hutangnya yang lebih besar itu.” Yesus berkata kepadanya, “Betullah anggapanmu.” Lalu Yesus berpaling kepada perempuan itu dan berkata kepada Simon, “Engkau melihat perempuan ini? Aku masuk ke rumahmu dan engkau tidak memberikan air untuk membasuh kaki-Ku tetapi perempuan ini telah membasahi kaki-Ku dengan air matanya lalu mengeringkannya dengan rambutnya. Engkau tidak menyambut Aku dengan ciuman, tetapi semenjak Aku masuk, perempuan ini tidak berhenti-henti mencium kaki-Ku. Engkau tidak menuang minyak pada kepala-Ku, tetapi perempuan ini telah menuang minyak wangi pada kaki-Ku. Oleh sebab itu, Aku berkata kepadamu bahawa kerana kasihnya yang besar, dosanya yang banyak itu telah diampunkan, tetapi orang yang telah diampuni sedikit sahaja, mengasihi sedikit juga.” Yesus berkata kepada perempuan itu, “Dosa-dosamu telah diampunkan.” Mereka yang makan bersama Yesus berkata sesama sendiri, “Siapakah orang ini yang mengampunkan dosa pula?” Yesus berkata kepada perempuan itu, “Imanmu telah menyelamatkanmu. Pergilah dengan damai sejahtera.”