LUKAS 5:27-39
LUKAS 5:27-39 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah itu Yesus keluar dan nampak seorang pemungut cukai bernama Lewi sedang duduk di tempat memungut cukai. Yesus berkata kepadanya, “Ikutlah Aku.” Lewi berdiri, meninggalkan semuanya, lalu mengikut Yesus. Kemudian Lewi mengadakan jamuan besar di rumahnya untuk Yesus. Banyak pemungut cukai dan orang lain makan bersama-sama mereka. Beberapa orang Farisi dan guru Taurat bersungut-sungut kepada pengikut-pengikut Yesus. Mereka bertanya, “Mengapa kamu makan dan minum bersama-sama pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat?” Yesus menjawab, “Orang sihat tidak memerlukan doktor, hanya orang sakit. Aku datang bukan untuk memanggil orang yang menganggap diri mereka baik, tetapi orang yang berdosa supaya mereka bertaubat daripada dosa.” Beberapa orang berkata kepada Yesus, “Pengikut Yohanes dan pengikut orang Farisi kerap kali berpuasa dan berdoa. Tetapi pengikut-Mu makan dan minum.” Yesus menjawab, “Dapatkah kamu menyuruh tetamu di jamuan perkahwinan berpuasa selama pengantin lelaki bersama-sama mereka? Tentu tidak! Tetapi akan tiba masanya pengantin lelaki itu akan diambil daripada mereka. Pada masa itulah mereka akan berpuasa.” Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka, “Tidak ada orang yang menampal pakaian lama dengan secebis kain daripada pakaian baru. Jika dia berbuat demikian, dia akan merosakkan pakaian baru itu; lagi pula kain penampal yang baru itu tidak berpadan dengan pakaian lama. Demikian juga tiada seorang pun menuang wain baru ke dalam kirbat kulit lama. Jika dia berbuat demikian, wain baru itu akan memecahkan kirbat itu. Wain itu terbuang dan kirbat itu pun rosak. Wain baru mesti dituang ke dalam kirbat kulit baru! Tidak seorang pun mahu minum wain baru setelah minum wain tua. ‘Wain tua lebih baik,’ katanya.”

LUKAS 5:27-39 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka sŭtlah kumdian deripada pŭrkara pŭrkara ini, pŭrgilah Isa bŭrjalan, maka dilihatnya sa’orang yang mŭmŭgang chukie, bŭrnama Levi, dudok ditŭmpat mŭnŭrima chukie; maka katanya kapadanya, Ikotlah aku. Maka ditinggalkannyalah skalian itu, bangunlah iya lalu diikotnya dia. Maka Levi pun mŭmbuatlah suatu pŭrjamuan bŭsar dalam rumahnya sŭndiri ulih sŭbab Isa, maka adalah banyak pŭrhimponan orang yang mŭmŭgang chukie, dan orang orang lain yang dudok bŭrsama sama dŭngan marika itu. Tŭtapi khatib khatib, dan orang Farisia pun bŭrsungotlah mŭlawan akan murid muridnya, katanya, Mŭngapakah kamu makan minum dŭngan orang orang yang mŭmŭgang chukie, dan orang orang bŭrdosa? Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Tiadalah bŭrguna tabib kapada orang sehat, mŭlainkan kapada orang sakit. Aku bukannya datang ini mŭmanggil orang yang bŭnar, mŭlainkan orang bŭrdosa itu akan bŭrtaubat. ¶ Maka kata marika itu kapadanya, Mŭngapakah murid murid Yahya itu bŭrpuasa slalu, dan bŭrbuat sŭmbahyang, maka dŭmkian lagi murid murid orang Farisia itu, akan tŭtapi murid murid itu makan minum? Maka katanya kapada marika itu, Bulihkah kamu mŭnjadikan kanak kanak mŭmplie laki laki itu bŭrpuasa, sŭlagi mŭmplie laki laki itu ada bŭrsama sama dŭngan dia? Tŭtapi nanti kŭlak zamannya datang, apabila mŭmplie itu akan diambil dibawa pŭrgi deripada marika itu, maka pada masa itulah marika itu kŭlak bŭrpuasa. ¶ Maka iya bŭrkata pula suatu pŭrumpamaan kapada marika itu, Tiada sa’orang pun mŭnampalkan sŭkŭping tampalan bahru ka’atas kain lama, maka jangan kŭlak kumdian yang bahru itu mŭnjadikan suatu charek, maka pŭrchah bahru yang ditampalkan itu tiada stuju dŭngan yang lama itu. Maka tiada sa’orang pun mŭmbubohkan ayer anggor yang bahru itu kŭdalam botol kulit yang lama, nanti kŭlak ayer anggor yang bahru itu mŭlŭtop botol kulit itu tumpahlah iya, dan kulitnya pun kŭlak akan binasa. Adapun ayer anggor yang bahru itu patutlah ditarohkan kŭdalam botol kulit yang bahru, maka kaduanya pun kŭlak akan tŭrpliharalah adanya. Maka tiada orang apabila sudah iya minum ayer anggor yang lama itu, maka dŭngan sŭgranya iya handak minum yang bahru, kŭrna katanya, Adapun yang lama itulah lebih baik adanya.
LUKAS 5:27-39 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian Yesus keluar dan terpandang seorang pemungut cukai yang bernama Lewi sedang duduk di tempat memungut cukai. Yesus berkata kepadanya, “Ikutlah Aku!” Lewi bangun, meninggalkan semuanya dan mengikut-Nya. Lewi menyediakan satu jamuan besar untuk Yesus di rumahnya. Ada ramai pemungut cukai dan orang lain yang turut makan bersama mereka. Orang Farisi dan ahli Taurat mereka bersungut-sungut kepada para murid Yesus, “Mengapakah kamu makan dan minum bersama pemungut cukai dan orang berdosa?” Yesus menjawab, “Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat. Aku datang bukannya untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa, supaya mereka bertaubat.” Mereka berkata kepada Yesus, “Murid-murid Yohanes kerap kali berpuasa dan berdoa. Demikian juga murid orang Farisi. Tetapi murid-murid-Mu ini terus makan dan minum sahaja.” Yesus menjawab, “Dapatkah kamu membuat tetamu dalam jamuan perkahwinan berpuasa semasa pengantin lelaki masih bersama mereka? Tetapi akan tiba saatnya pengantin lelaki itu diambil daripada mereka. Pada masa itulah mereka berpuasa.” Yesus memberitahu juga suatu ibarat kepada mereka: “Tiada sesiapa pun yang mengoyak perca kain baru untuk menampalkannya ke atas pakaian lama. Jika dia berbuat demikian, maka dia akan mengoyakkan pakaian baru itu, dan perca kain baru itu tidak akan sepadan dengan yang lama. Tiada siapa menuangkan air anggur baru ke dalam kirbat kulit yang lama. Kalau dilakukan, air anggur baru itu akan memecahkan kirbat kulit itu, lalu air anggur di dalamnya akan tumpah dan kirbat itu pun rosak. Tetapi air anggur yang baru harus dituang ke dalam kirbat kulit yang baru. Dan tiada siapa pun yang telah minum air anggur yang lama gemar minum air anggur yang baru kerana katanya, ‘Yang lama itu lebih baik.’ ”