YOHANES 19:31-42

YOHANES 19:31-42 Alkitab Berita Baik (BM)

Hari itu sehari sebelum hari Sabat. Para penguasa Yahudi tidak mahu mayat orang yang disalibkan masih di kayu salib pada hari Sabat, apalagi hari Sabat kali ini hari perayaan yang khas. Oleh itu mereka meminta kebenaran Pilatus untuk mematahkan kaki orang yang disalibkan dan menurunkan mayat-mayat itu dari kayu salib. Oleh itu askar-askar pergi mematahkan kaki kedua-dua orang yang disalibkan bersama-sama Yesus. Tetapi apabila mereka sampai kepada Yesus, mereka melihat bahawa Dia sudah meninggal. Oleh itu mereka tidak mematahkan kaki-Nya. Tetapi salah seorang askar menusuk rusuk Yesus dengan tombak, dan pada ketika itu juga keluarlah darah dan air. ( Demikianlah orang yang telah melihat kejadian ini memberikan kesaksiannya, supaya kamu pun percaya. Kesaksiannya benar dan dia tahu bahawa apa yang dikatakannya benar.) Hal ini berlaku supaya apa yang tertulis di dalam Alkitab terjadi, “Tidak satu pun daripada tulang-Nya akan dipatahkan.” Di dalam Alkitab juga tertulis, “Orang akan memandang Dia yang telah ditikam oleh mereka.” Setelah itu Yusuf yang berasal dari bandar Arimatea, meminta kebenaran Pilatus untuk mengambil jenazah Yesus. (Yusuf pengikut Yesus tetapi Yusuf tidak memberitahu orang hal itu, kerana dia takut akan penguasa Yahudi.) Pilatus meluluskan permintaannya, lalu Yusuf pergi mengambil jenazah Yesus. Nikodemus yang dahulu pernah datang kepada Yesus pada waktu malam pun pergi dengan Yusuf. Nikodemus membawa ramuan mur dan gaharu sebanyak kira-kira tiga puluh kilogram. Kedua-dua orang ini mengambil jenazah Yesus lalu membalutnya dengan kain linen dan ramuan menurut adat penguburan orang Yahudi. Di tempat Yesus disalibkan ada sebuah taman. Di dalam taman itu terdapat sebuah kubur baru yang belum pernah digunakan. Kerana kubur ini dekat dan hari Sabat sudah hampir bermula, mereka meletakkan jenazah Yesus di situ.

YOHANES 19:31-42 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka sŭbab kutika itu hari kŭlangkapan, supaya jangan tinggal sagala tuboh itu tŭrgantong disalib pada hari sabtu itu; adapun sabtu itu hari yang bŭsar; maka dipintalah ulih orang Yahudi kapada Pilatus, supaya kaki orang orang yang tŭrsalib itu dipatahkannya, dan mayatnya pun handak dituronkan. Maka datanglah lashkar itu, lalu dipatahkannya kadua kaki orang yang pŭrtama, dan kadua kaki orang yang lain yang ada tŭrsalib sŭrtanya. Maka apabila datanglah lashkar itu kapada Isa, sŭrta dilihatnya iya sudah mati, maka tiadalah dipatahkannya kakinya. Mŭlainkan sa’orang lashkar mŭnikam rusok Isa dŭngan tombaknya, lalu kluarlah darah dan ayer. Adapun orang yang tŭlah mŭlihat itu bŭrsaksi, maka bŭnarlah saksinya; maka iyalah tahu bahwa iya bŭrkata yang bŭnar, supaya kamu pŭrchaya. Adapun sagala pŭrkara ini tŭlah jadi, supaya gŭnaplah pŭrkataan kitab iyaani, Suatu tulangnya tiada akan dipatahkan. Shahadan lagi suatu pŭrkataan kitab mŭngatakan, Bahwa marika itu akan mŭmandang kapada orang yang ditikam ulih marika itu. ¶ Bŭrmula kumdian deri pada itu, maka Yusof orang Armethia, iya itu sa’orang murid Isa juga, dŭngan bŭrsŭmbunyi, ulih sŭbab kŭtakotannya akan orang Yahudi, lalu pintalah iya kapada Pilatus handak mŭngambil mayat Isa itu, maka dibrilah izin ulih Pilatus akan dia, sŭbab itu datanglah iya mŭngambil mayat Isa. Adapun Nikudimus yang mula mula datang kapada Isa pada malam itu, maka datanglah pula iya dŭngan mŭmbawa mor dan khalambak yang sudah bŭrchampor, ada kira kira sa’ratus kati banyaknya. Arkian maka diambil ulih marika itu akan mayat Isa, lalu dikafankannya dŭngan kain puteh, sŭrta dŭngan rŭmpah rŭmpah, spŭrti adat pŭkuboran orang Yahudi. Adapun dŭkat tŭmpat Isa disalibkan itu ada satu kŭbon, maka dalam kŭbon itu ada satu kubor bahru, maka sa’orang pun bŭlom pŭrnah ditanamkan dalamnya. Maka disitulah ditanamkan ulih marika itu akan Isa, sŭbab kutika itulah kŭlangkapan hari sabtu orang Yahudi, maka kubor itu pun ada dŭkat.

YOHANES 19:31-42 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Oleh sebab hari itu hari persediaan dan mayat-mayat itu tidak sewajarnya masih ada di atas salib pada hari Sabat (kerana hari Sabat itu hari mulia), orang Yahudi meminta kepada Pilatus agar mayat-mayat itu dipatahkan kakinya dan dibawa pergi. Askar-askar pun datang mematahkan kaki orang yang disalib bersama Yesus itu, seorang demi seorang. Tetapi apabila mereka sampai kepada Yesus dan melihat Dia sudah tidak bernyawa lagi, mereka pun tidak mematahkan kaki-Nya. Tetapi seorang askar itu menikam rusuk-Nya dengan lembing, lalu keluarlah darah dan air. Maka dia yang melihatnya merakamkan sebagai kesaksian, dan rakamannya itu benar. Dia tahu bahawa dia bercakap benar, supaya kamu percaya. Semua ini dilakukan supaya terlaksanalah yang tersurat dalam Kitab Suci, “Tidak ada satu pun tulang-Nya akan dipatahkan.” Juga tersurat dalam Kitab Suci, “Mereka akan memandang Dia yang telah ditikam oleh mereka.” Selepas itu, Yusuf yang berasal dari Arimatea meminta izin daripada Pilatus untuk mengambil jenazah Yesus. Yusuf ialah seorang murid Yesus secara diam-diam kerana takut akan ketua orang Yahudi. Dengan izin Pilatus, maka dia datang dan mengambil jenazah Yesus. Nikodemus, yang pernah mendapatkan Yesus pada suatu malam dahulu, pergi bersama Yusuf membawa ramuan mir dan gaharu sebanyak kira-kira tujuh puluh lima paun. Mereka mengambil jenazah Yesus lalu mengafankannya dengan kain linen dan ramuan rempah mengikut adat pengebumian orang Yahudi. Di sebuah taman di tempat Yesus disalib terdapat sebuah makam yang belum pernah digunakan. Oleh sebab makam itu dekat dan hari itu hari persediaan orang Yahudi, mereka pun memasukkan jenazah Yesus ke dalamnya.