Oleh sebab hari itu hari persediaan dan mayat-mayat itu tidak sewajarnya masih ada di atas salib pada hari Sabat (kerana hari Sabat itu hari mulia), orang Yahudi meminta kepada Pilatus agar mayat-mayat itu dipatahkan kakinya dan dibawa pergi. Askar-askar pun datang mematahkan kaki orang yang disalib bersama Yesus itu, seorang demi seorang. Tetapi apabila mereka sampai kepada Yesus dan melihat Dia sudah tidak bernyawa lagi, mereka pun tidak mematahkan kaki-Nya. Tetapi seorang askar itu menikam rusuk-Nya dengan lembing, lalu keluarlah darah dan air. Maka dia yang melihatnya merakamkan sebagai kesaksian, dan rakamannya itu benar. Dia tahu bahawa dia bercakap benar, supaya kamu percaya. Semua ini dilakukan supaya terlaksanalah yang tersurat dalam Kitab Suci, “Tidak ada satu pun tulang-Nya akan dipatahkan.” Juga tersurat dalam Kitab Suci, “Mereka akan memandang Dia yang telah ditikam oleh mereka.” Selepas itu, Yusuf yang berasal dari Arimatea meminta izin daripada Pilatus untuk mengambil jenazah Yesus. Yusuf ialah seorang murid Yesus secara diam-diam kerana takut akan ketua orang Yahudi. Dengan izin Pilatus, maka dia datang dan mengambil jenazah Yesus. Nikodemus, yang pernah mendapatkan Yesus pada suatu malam dahulu, pergi bersama Yusuf membawa ramuan mir dan gaharu sebanyak kira-kira tujuh puluh lima paun. Mereka mengambil jenazah Yesus lalu mengafankannya dengan kain linen dan ramuan rempah mengikut adat pengebumian orang Yahudi. Di sebuah taman di tempat Yesus disalib terdapat sebuah makam yang belum pernah digunakan. Oleh sebab makam itu dekat dan hari itu hari persediaan orang Yahudi, mereka pun memasukkan jenazah Yesus ke dalamnya.
Baca Yohanes 19
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yohanes 19:31-42
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video