IBRANI 9:13-22

IBRANI 9:13-22 Alkitab Berita Baik (BM)

Darah kambing dan darah lembu jantan, serta abu daripada korban anak lembu, dipercikkan ke atas orang yang najis menurut peraturan agama. Perbuatan itu menyucikan mereka daripada semua yang menajiskan mereka. Jika orang dapat disucikan dengan cara itu, darah Kristus lebih berkuasa pula! Melalui Roh yang kekal, Kristus mempersembahkan diri-Nya sendiri kepada Allah sebagai korban yang sempurna. Darah-Nya akan menyucikan hati nurani kita daripada upacara agama yang sia-sia, supaya kita boleh mengabdikan diri kepada Allah yang hidup. Itulah sebabnya Kristus menjadi Pengantara bagi suatu perjanjian baru, supaya orang yang sudah dipanggil oleh Allah boleh menerima berkat kekal yang sudah dijanjikan oleh Allah. Hal itu dapat berlaku kerana Kristus telah mati untuk membebaskan orang daripada kesalahan yang dilakukan mereka pada masa perjanjian pertama masih berlaku. Jika ada surat wasiat, haruslah dibuktikan bahawa orang yang membuat surat wasiat itu sudah meninggal. Surat wasiat tidak bererti apa-apa selagi orang yang membuatnya masih hidup. Surat itu berlaku hanya setelah orang itu meninggal. Itulah sebabnya perjanjian pertama pun harus disahkan dengan darah. Mula-mula Musa menyampaikan semua perintah dalam Taurat kepada umat Israel. Setelah itu dia mengambil darah lembu jantan dan darah kambing, lalu mencampurnya dengan air, kemudian memercikkannya pada kitab Taurat dan pada seluruh umat, dengan menggunakan setangkai rumput hisop dan bulu domba berwarna merah. Musa berkata, “Inilah darah yang mengesahkan perjanjian daripada Allah yang harus kamu taati.” Dengan cara yang sama, Musa juga memercikkan darah itu pada Khemah Tuhan dan pada semua alat untuk ibadat. Sebenarnya, menurut Taurat, hampir segala sesuatu disucikan dengan darah. Demikian juga dosa hanya dapat diampunkan jika ada penumpahan darah.

IBRANI 9:13-22 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Kŭrna jikalau kiranya darah lŭmbu jantan atau kambing, dan habu lŭmbu bŭtina yang dipŭrchekkan kapada orang nŭjis itu, dapat mŭnyuchikan prihal mŭmpŭrsihkan tuboh itu, Maka brapakah lagi lebihnya pula darah Almasih, yang tŭlah mŭmpŭrsŭmbahkan dirinya kapada Allah dŭngan bŭrkat Roh yang kŭkal dŭngan tiada kachŭlaan, akan mŭnyuchikan angan angan hati kamu deripada pŭkŭrjaan yang mŭndatangkan kabinasaan, supaya bŭribadat kapada Allah yang hidop itu? Maka deri sŭbab itulah iya tŭlah mŭnjadi pŭngantara wasiat yang bahru, maka ulih pri kŭmatiannya itu, deri sŭbab tŭbusan sagala kŭsalahan yang tŭlah dipŭrbuat pada tŭtkala dalam wasiat yang pŭrtama itu; maka orang yang dipileh itu akan mŭnŭrima pŭrjanjian slamat yang kŭkal adanya. Kŭrna barang dimana ada wasiat itu, maka dŭngan spatutnya orang yang ampunya wasiat itu mati handaknya. Kŭrna wasiat itu bŭrkwasa iya diblakang orang yang mati; maka jikalau slagi orang yang ampunya wasiat itu hidop, nŭschaya tiadalah iya bŭrkwasa adanya. Sŭbarmula adapun waad yang pŭrtama itu pun dipŭrsŭmbahkan mŭlainkan dŭngan darah. Kŭrna tŭtkala Musa bŭrkata kata akan sagala pŭngajaran kapada kaumnya itu, mŭnurot tauret, maka diambilnya darah anak anak lŭmbu dan kambing, sŭrta dŭngan ayer, dan bulu domba yang merah, dan zuf, lalu dipŭrchekkannya kapada kitab, sŭrta kapada kaum itu, Sŭrta katanya, Inilah darah waad yang diamanatkan Allah kapada kamu. Tambahan pula dipŭrchekkannya dŭngan darah iya itu khemah tŭmpat sŭmbahyang, dan sagala bŭjana dalam pŭkŭrjaan itu. Maka hampir hampir sagala pŭrkara itu disuchikan dŭngan darah mŭnurot tauret; maka dŭngan tiada mŭnumpahkan darah, tiadalah ampunan adanya.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami