IBRANI 8:10-13
IBRANI 8:10-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi sekarang, inilah perjanjian yang akan Aku buat dengan umat Israel pada masa akan datang, firman Tuhan: Aku akan menanamkan hukum-Ku di dalam fikiran mereka, dan menuliskannya di dalam hati mereka. Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku. Tidak seorang pun perlu mengajar sesama wargakota, atau memberitahu sesama suku, ‘Kenallah akan Tuhan.’ Mereka semua akan mengenal Aku, daripada yang terkecil sehingga yang terbesar. Aku akan mengampunkan kesalahan mereka, dan tidak mengingat lagi dosa mereka.” Oleh sebab Allah berfirman tentang perjanjian baru, Dia menjadikan perjanjian pertama itu lama. Apa sahaja yang menjadi lama dan usang, akan segera lenyap.
IBRANI 8:10-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna inilah waad yang handak kudirikan kapada isi rumah Israil, kumdian deripada zaman itu, bŭrfŭrman Tuhan; Adapun aku akan mŭmbubohkan hukum hukumku dalam ingatannya, dan mŭnyuratkan dia dalam hatinya, dan aku akan mŭnjadi Allah bagie marika itu, dan marika itu pun akan mŭnjadi kaum bagieku. Dan tiadalah marika itu akan mŭngajar ajarkan masing masing sa’orang akan orang sa’kampongnya, lagi masing masing sa’orang akan saudaranya, katanya, Kŭtahuilah ulihmu akan Tuhan; kŭrna sŭmuanya akan mŭngŭnal aku, deripada yang tŭrkŭchil sampie kapada yang tŭrbŭsar Kŭrna aku akan mŭngasihani kasalahannya, dan dosa dosa, dan kŭjahatannya tiadalah aku ingat lagi. Adapun sŭbab iya bŭrkata, waad yang bahru itu, maka dijadikannya yang mula mula itu lama, Maka skarang yang burok dan lama itu iya itu hampir akan raib adanya.
IBRANI 8:10-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Inilah perjanjian yang akan Kubuat dengan keturunan kaum Israel selepas zaman itu, Tuhan berfirman. Aku akan meletakkan hukum-Ku dalam fikiran mereka dan menuliskannya dalam hati mereka; Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku. Tiada seorang pun daripada mereka akan mengajar jirannya, atau saudaranya dengan berkata, ‘Kenalilah Tuhan,’ kerana semuanya akan mengenal-Ku, daripada yang terkecil kepada yang terbesar. Aku akan berbelas kasihan terhadap kesalahan mereka; dan dosa mereka tidak akan Kuingati lagi.” Dengan menyebut “perjanjian baru,” Tuhan telah menjadikan perjanjian pertama dahulu tidak terpakai lagi. Sesuatu yang kian tidak terpakai dan usang sudah sampai masanya untuk lenyap.