Tetapi sekarang, inilah perjanjian yang akan Aku buat dengan umat Israel pada masa akan datang, firman Tuhan: Aku akan menanamkan hukum-Ku di dalam fikiran mereka, dan menuliskannya di dalam hati mereka. Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku. Tidak seorang pun perlu mengajar sesama wargakota, atau memberitahu sesama suku, ‘Kenallah akan Tuhan.’ Mereka semua akan mengenal Aku, daripada yang terkecil sehingga yang terbesar. Aku akan mengampunkan kesalahan mereka, dan tidak mengingat lagi dosa mereka.” Oleh sebab Allah berfirman tentang perjanjian baru, Dia menjadikan perjanjian pertama itu lama. Apa sahaja yang menjadi lama dan usang, akan segera lenyap.
Baca IBRANI 8
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: IBRANI 8:10-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video