Inilah perjanjian yang akan Kubuat dengan keturunan kaum Israel selepas zaman itu, Tuhan berfirman. Aku akan meletakkan hukum-Ku dalam fikiran mereka dan menuliskannya dalam hati mereka; Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku. Tiada seorang pun daripada mereka akan mengajar jirannya, atau saudaranya dengan berkata, ‘Kenalilah Tuhan,’ kerana semuanya akan mengenal-Ku, daripada yang terkecil kepada yang terbesar. Aku akan berbelas kasihan terhadap kesalahan mereka; dan dosa mereka tidak akan Kuingati lagi.” Dengan menyebut “perjanjian baru,” Tuhan telah menjadikan perjanjian pertama dahulu tidak terpakai lagi. Sesuatu yang kian tidak terpakai dan usang sudah sampai masanya untuk lenyap.
Baca Ibrani 8
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Ibrani 8:10-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video