2 SAMUEL 21:1-3
2 SAMUEL 21:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada masa pemerintahan Raja Daud, kebuluran yang dahsyat pernah berlaku selama tiga tahun. Oleh itu Raja Daud bertanya kepada TUHAN, lalu TUHAN menjawab, “Raja Saul dan keluarganya sudah berdosa. Mereka telah membunuh orang Gibeon.” ( Orang Gibeon bukan orang Israel; mereka sekelompok kecil bangsa Amori. Umat Israel telah berjanji untuk melindungi mereka, tetapi Raja Saul telah berusaha untuk membinasakan mereka kerana baginda menjaga kepentingan umat Israel dan Yehuda.) Oleh itu Raja Daud memanggil orang Gibeon dan bertanya kepada mereka, “Apakah yang dapat beta lakukan bagi kamu? Beta hendak menebus kesalahan yang telah dilakukan kepada kamu, supaya kamu akan memberkati umat TUHAN.”
2 SAMUEL 21:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada zaman Daud berlakulah kebuluran selama tiga tahun berturut-turut. Oleh itu, Daud mencari petunjuk daripada TUHAN. Lalu TUHAN berfirman, “Hal itu berlaku kerana Saul dan keluarganya berhutang darah kerana dahulunya dia pernah membunuh umat Gibeon.” Kemudian raja memanggil orang Gibeon untuk berbicara dengan mereka. Orang Gibeon itu tidak termasuk orang Israel, melainkan saki-baki orang Amori. Orang Israel telah mengikat perjanjian dengan bersumpah kepada mereka, tetapi Saul berikhtiar membunuh mereka dengan penuh semangatnya membela kepentingan orang Israel dan Yehuda. Tanya Daud kepada orang Gibeon, “Apakah yang dapat kulakukan bagimu, dan dengan apa dapat kuadakan perdamaian, supaya kamu dapat memohonkan berkat bagi harta pusaka TUHAN?”