Pada zaman Daud berlakulah kebuluran selama tiga tahun berturut-turut. Oleh itu, Daud mencari petunjuk daripada TUHAN. Lalu TUHAN berfirman, “Hal itu berlaku kerana Saul dan keluarganya berhutang darah kerana dahulunya dia pernah membunuh umat Gibeon.” Kemudian raja memanggil orang Gibeon untuk berbicara dengan mereka. Orang Gibeon itu tidak termasuk orang Israel, melainkan saki-baki orang Amori. Orang Israel telah mengikat perjanjian dengan bersumpah kepada mereka, tetapi Saul berikhtiar membunuh mereka dengan penuh semangatnya membela kepentingan orang Israel dan Yehuda. Tanya Daud kepada orang Gibeon, “Apakah yang dapat kulakukan bagimu, dan dengan apa dapat kuadakan perdamaian, supaya kamu dapat memohonkan berkat bagi harta pusaka TUHAN?”
Baca 2 Samuel 21
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 2 Samuel 21:1-3
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video