Nyanyikanlah lagu untuk TUHAN, hai segenap bumi! Pada setiap hari siarkanlah berita baik bahawa Dia telah menyelamatkan kita. Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa, dan perbuatan-Nya yang mengagumkan umat manusia. TUHAN itu agung, dan mesti dipuji setinggi-tingginya; Dia mesti dihormati lebih daripada semua dewa. Dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala, tetapi TUHAN mencipta angkasa raya. Kemuliaan dan keagungan mengelilingi Dia, tempat kediaman-Nya dipenuhi kuasa dan kegembiraan. Hai semua orang di bumi, pujilah TUHAN! Pujilah keagungan dan keperkasaan-Nya. Pujilah nama TUHAN yang mulia; bawalah persembahan dan masuklah ke dalam kediaman-Nya. Bersujudlah di hadapan TUHAN apabila Dia muncul; gementarlah di hadapan-Nya, hai seluruh bumi! Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang. Bersukacitalah, hai bumi dan langit! Beritahulah bangsa-bangsa bahawa TUHAN itu Raja.
Baca 1 TAWARIKH 16
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 TAWARIKH 16:23-31
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video