1 TAWARIKH 16:23-31
![1 TAWARIKH 16:23-31 - Nyanyikanlah lagu untuk TUHAN, hai segenap bumi!
Pada setiap hari siarkanlah berita baik
bahawa Dia telah menyelamatkan kita.
Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa,
dan perbuatan-Nya yang mengagumkan umat manusia.
TUHAN itu agung, dan mesti dipuji setinggi-tingginya;
Dia mesti dihormati lebih daripada semua dewa.
Dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala,
tetapi TUHAN mencipta angkasa raya.
Kemuliaan dan keagungan mengelilingi Dia,
tempat kediaman-Nya dipenuhi kuasa dan kegembiraan.
Hai semua orang di bumi, pujilah TUHAN!
Pujilah keagungan dan keperkasaan-Nya.
Pujilah nama TUHAN yang mulia;
bawalah persembahan dan masuklah ke dalam kediaman-Nya.
Bersujudlah di hadapan TUHAN
apabila Dia muncul;
gementarlah di hadapan-Nya, hai seluruh bumi!
Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang.
Bersukacitalah, hai bumi dan langit!
Beritahulah bangsa-bangsa bahawa TUHAN itu Raja.](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2F320x320%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fstatic-youversionapi-com%2Fimages%2Fbase%2F32294%2F1280x1280.jpg&w=640&q=75)
Nyanyikanlah lagu untuk TUHAN, hai segenap bumi! Pada setiap hari siarkanlah berita baik bahawa Dia telah menyelamatkan kita. Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa, dan perbuatan-Nya yang mengagumkan umat manusia. TUHAN itu agung, dan mesti dipuji setinggi-tingginya; Dia mesti dihormati lebih daripada semua dewa. Dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala, tetapi TUHAN mencipta angkasa raya. Kemuliaan dan keagungan mengelilingi Dia, tempat kediaman-Nya dipenuhi kuasa dan kegembiraan. Hai semua orang di bumi, pujilah TUHAN! Pujilah keagungan dan keperkasaan-Nya. Pujilah nama TUHAN yang mulia; bawalah persembahan dan masuklah ke dalam kediaman-Nya. Bersujudlah di hadapan TUHAN apabila Dia muncul; gementarlah di hadapan-Nya, hai seluruh bumi! Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang. Bersukacitalah, hai bumi dan langit! Beritahulah bangsa-bangsa bahawa TUHAN itu Raja.
1 TAWARIKH 16:23-31